Monday, November 27, 2023

PROGRAM BELAH GELANGGANG KELAB MUAY BONDA NIK NAH STEWONG BUKIT TEMALONG 2023















6 Oktober 2023 | 10.00 Malam | Program Belah Gelanggang Kelab Muay Bonda Nik Nah Stewong | Bukit Temalong | N22 Dun Jelawat
Saya turun memberi sokongan untuk belia dan beliawanis di Bukit Temalong yang aktif muaythai/boksing.Turun merasmikan program kali ini dirasmikan oleh Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria selaku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Alhamdulillah dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin belia di peringkat kampung melalui Kelab Belia Gunong.
Turun bersama semalam Encik Khalili selaku Ahli Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam dan Aby mantan Ahli Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam.
Terima kasih Abe Die owner Nadi Ayam juga turun memberi sokongan.
Semasa saya menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Belia Malaysia wakil Negeri Kelantan penggal 2017-2018,saya merasakan P25 Parlimen Bachok dan N22 Dun Jelawat perlukan perubahan demi pembangunan Daerah Bachok dan Dun Jelawat.
Terima kasih 200 orang peminat sukan Muaythai/Boksing yang saya anggarkan hadir semalam.Terima kasih Saudara Mie dan Saudara Kamal Stewong selaku tuan rumah.
Semoga anak-anak muda Kampung Gunong dapat mengisi masa yang bermanfaat dan terus jaga nama Kampung Gunong.Insya Allah Anak-Anak Muda Kampung Gunong Hebat bawa nama Kampung Gunong ke Pelusuk Malaysia dan Kelantan.
Saya menyasarkan belia dan beliawanis muaythai Kampung Gunong dapat ke SUKMA 2028 mewakili Negeri Kelantan.
Insya Allah satu masa N22 Dun Jelawat mempunyai ADUN orang muda berjiwa rakyat yang dilahirkan "KILANG BELIA".Tiba masanya Dun Jelawat mempunyai pemimpin muda jadi ADUN.
Semalam Delegasi MAYC Kawasan Bachok juga turun diwakili oleh Saudari Suriani Ramle selaku Penolong Setiausaha MAYC Kawasan Bachok.


 

No comments:

Post a Comment