Tuesday, January 16, 2024

PENYERAHAN BAJU UNTUK PEMANGKU PENGERUSI EKUIN KAWASAN KETEREH



16 JANUARI 2024 | KAMPUNG PADANG LEMBEK
Saya turun di Kampung Padang Lembek Parlimen Ketereh untuk bertemu Encik Ahmad Syariefie Bin Yusof@Abdullah Saari selaku Pemangku Pengerusi Ekuin Kawasan Ketereh sambil menyerahkan baju Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru).
Kawasan Ketereh ini merupakan kawasan "NAKAL" bagi saya.Encik Wan Ahmad Tarmizi Bin Haji Wan Daud selaku Pemangku Pengerusi Ekuin Kawasan Machang juga turun bersama beliau.


 

NGETEA BERSAMA RAKAN-RAKAN DUN KOTA PUTERA


15 JANUARI 2024 | N02 DUN KOTA PUTERA | P33 PARLIMEN BESUT
Ngetea petang bersama rakan-rakan di Kg Raja Besut.Terima kasih Mohd Ammar Bin Sauti selaku Pengerusi Majlis Belia Daerah Setiu dan Arief selaku Pengerusi Publisiti Briged Negaraku Negeri Kelantan.
Terima kasih tuan kedai mamapiya mee celup kg raja.

 

ADUAN RAKYAT SELESAI SIRI 1/2024 N22 DUN JELAWAT





15 JANUARI 2024
Alhamdulillah.
Terima kasih Ketua Jajahan Bachok/YDP Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam.
Semoga dapat manfaat untuk masyarakat sekitar Kampung Gunong.
Lokasi : Depan Pasar Pekan Gunong Bachok Kelantan.


 

KUNJUNGAN SANTAI BERTEMU PEJABAT PENERANGAN DAERAH BACHOK 2024


14 JANUARI 2024 | PEJABAT PENERANGAN DAERAH BACHOK

Saya turun bertemu Puan Farzliana Bt. Abdul Ghaffar, Pegawai Penerangan Daerah Bachok.Selamat Berkhidmat di Daerah Bachok.

#KitaGalasBersama #Bachok #PejabatPeneranganDaerahBachok

 

KUNJUNGAN HORMAT BERTEMU JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI KELANTAN





14 JANUARI 2024 | JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI KELANTAN
Kunjungan hormat bertemu Encik Zaimi Bin Mohd Daud selaku Penolong Pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang mewakili YBhg. Tuan Haji Mohd Ridzuan Bin Sulaiman selaku Timbalan Pengarah Pengurusan (N44) Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan.
Alhamdulillah Delegasi Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) menyuarakan apa yang dimaklumkan kepada pihak saya.Pihak saya juga mengharapkan HPPNK 2024 dimasukkan acara sukan berkuda.
Terima kasih Che Azha Bin Che Mamat selaku Pemangku Naib Presiden 3 Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru),Hartaa Bin Hasbullah dan Harun Hazim(Bumi Agritech) turun bersama.


 

ZIARAH PENASIHAT KELAB EKUIN UCB SIRI 1/2024


13 JANUARI 2024 | N06 DUN PERMAISURI | P34 PARLIMEN SETIU

Saya singgah sekejap di University College Bestari - UCB tempat saya menimba ilmu 2016-2018.Kali ini saya turun ziarah Tengku Ahmad Sallahuden merupakan Penasihat Kelab Ekuin UCB.

Semasa saya pegang tanggungjawab sebagai NYDP Majlis Perwakilan Pelajar University College Bestari - UCB dan YDP GPMS Cawangan Khas UC Bestari,kami bekerjasama menganjurkan Kejohanan Futsal Mahasiswa di N07 Dun Langkap bekerjasama dengan KTB dan beberapa sokongan lain.

Saya diberi penerangan tentang Alumni University College Bestari - UCB dan dipelawa untuk sambung pengajian di peringkat master.

Insya Allah ada masa dan ruang kita ketemu lagi.

Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan tempat menimba ilmu.

#AFY #AlumniUCB #UCB #MantanNYDPMPPUCB20172018 

 

ZIARAH ALUMNI UCB SIRI 1/2024


13 JANUARI 2024 | N07 DUN LANGKAP | P34 PARLIMEN SETIU

Usai urusan hakiki di Negeri Terengganu.Saya ambil ruang masa untuk turun Ziarah Alumni University College Bestari - UCB.Saya panggil beliau panggilan "KAK CIK PERMATA UCB".Beliau pernah galas tanggungjawab sebagai pemegang jawatan Persatuan Mahasiswa Negeri Terengganu Cawangan UCB ketika itu saya diberi mandat sebagai NYDP Majlis Perwakilan Pelajar University College Bestari - UCB penggal 2017-2018.

Beliau juga banyak bantu saya darisegi pengurusan akar umbi demi menjayakan program sumbangan kepada gelandangan di Kuala Lumpur dibawah kendalian kami.

Semoga ikatan ukhuwah Alumni UCB tetap bersama.Insya Allah tidak lama lagi saya Welcome To The Club untuk bina masjid.

#KitaCaraKita #AFY #MantanNYDPMPPUCB20172018 #AlumniUCB

 

MESYUARAT JAWATANKUASA PERSATUAN EKUESTRIAN NEGERI KELANTAN BIL.1/2024


MESYUARAT JAWATANKUASA PERSATUAN EKUESTRIAN NEGERI KELANTAN BIL.1/2024 Tarikh : 12 Januari 2024(Jumaat) Masa : 9.30 Malam Tempat : Pejabat Perpaduan Daerah Bachok

 

MESYUARAT JAWATANKUASA PERSATUAN EKUESTRIAN NEGERI KELANTAN (BARU) BIL.1/2024







12 JANUARI 2024 | 9.30 MALAM | PEJABAT PERPADUAN DAERAH BACHOK | N21 DUN PANTAI IRAMA
Saya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) Bil.1/2024.Mesyuarat kali ini bertujuan menyelaraskan pengurusan ekuin di Negeri Kelantan bagi tahun 2024.
Perubahan kabinet kepimpinan dibuat demi memperkasakan lagi kepimpinan pertubuhan Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru).
Alhamdulillah walaupun kepenatan,saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) di semua peringkat termasuklah Pemangku Pengerusi Ekuin Kawasan yang hadir mesyuarat kali ini.
Tahniah yang mana dilantik.Selamat menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin Industri Ekuin Negeri Kelantan dibawah Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru).
Saya juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Biro Lumba Kuda Negeri Kelantan dan Biro Kuda Lasak Negeri Kelantan atas penganjuran kejohanan/program sepanjang tahun 2023.
Terima kasih juga khasnya untuk penaja-penaja Sukan Berkuda Negeri Kelantan sepanjang 2023.
Semoga tahun 2024 lebih baik daripada tahun sebelum ini.Insya Allah.
Terima kasih Pejabat Perpaduan Daerah Bachok kerana bagi ruang untuk pihak saya bermesyuarat.


 

KENANGAN ZIARAH ENCIK AZIZI LMA ARCHERY 2024


Saya pernah jejak kaki di LMA Archery Pantai Sri Tujoh.

2018 saya diberi mandat sebagai Presiden mengemudi persatuan kuda di Kelantan.Saya perlu mengambil langkah demi memperkasakan Industri Sukan Berkuda Negeri Kelantan.

Apabila saya dapat tahu di Tumpat ada wujud tempat memanah dan juga aktif sertai memanah berkuda.Saya turun bersama Encik Syamsul ke LMA Archery pada 29 Ogos 2019.

Cara saya,apabila diberi mandat,saya kena aturkan demi manfaat semua.Jikalau gagal tahun tersebut,saya terus berjuang agar dapat direalisasikan.Bukan untuk individu saya.Untuk semua.

11 Januari 2024 saya turun ziarah sekali lagi Tuan Azizi.Insya Allah Kelantan banyak potensi.Doakan saya agar dapat menggalaskan tanggungjawab ini dengan baik.

Ada yang mengatakan saya "Gila Kuasa" & "Lapar Populariti".Biarlah apa kata manusia kepada saya.Saya serah kepada Tuhan yang Maha Esa.

Hanya Allah sahaja dapat menilai niat kita berkhidmat di dunia.Bukan Manusia.Allah yang aturkan semuanya kehidupan kita di dunia yang berbekalkan ke akhirat.

Dunia ini kecil sahaja.Sebab apa.Dunia ni milik Allah s.w.t.Bukan milik manusia.

Apa-apa pun "Kun Fayakun".

Terima kasih Encik Azizi kerana sudi meluangkan masa kali kedua dengan saya.Insya Allah saya cuba aturkan demi Negeri Kelantan tercinta.

Anwar Ibrahim
Zahid Hamidi
Hannah Yeoh

#AFY #DuniaMilikAllah #KitaGalasBersama #KitaCaraKita #KitaJagaKita