Monday, January 1, 2024

BERTEMU PENGGAWA DAERAH GUNONG



10 DISEMBER 2023 | 1.30 PETANG | PEJABAT PENGGAWA DAERAH GUNONG | N22 DUN JELAWAT

Saya singgah bertemu Tuan Haji Zulkarnain Deraman selaku Penggawa Daerah Gunong.Dapat memberi penerangan serba sedikit tentang MAYC Kawasan Bachok dan Kelab Belia Gunong.

Kami juga sempat berbincang beberapa perkara yang perlu disuarakan ke peringkat atasan.Antara seperti berikut :

1-( Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kelantan - JPS Kelantan)
-Saya sarankan agar JPS turun padang untuk semakan semula sungai-sungai mati di sekitar Daerah Gunong sebagai langkah pertama mengelak pemasalah banjir.

2- ( Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan)
-Beberapa inisiatif yang disediakan oleh MAIK perlu dilaksanakan oleh penggawa dan penghulu agar komuniti mengetahuinya

3- Hari Bertemu Pelanggan di Pejabat Penggawa Daerah Gunong

4-Jalinan erat antara kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan agar rakyat lebih harmoni,sejahtera dan makmur.

5-Pemasalah isu Air yang terlibat di beberapa lokalti dalam Daerah Gunong.

6- Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan dan Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department ) diharapkan agar melancarkan permohonan pembangunan di Sekitar Daerah Gunong.Mohon perhatian YB DS Alexander Nanta Linggi selaku Menteri Kementerian Kerja Raya Malaysia dan YB DS Abdul Rahman Bin Mohamad selaku Timbalan Menteri Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Insya Allah doakan kami agar dapat menggalaskan tanggungjawab yang diamanahkan di dunia yang berbekalkan ke akhirat kelak.

#AFY #KitaGalasBersama #N22DunJelawat

 

 

No comments:

Post a Comment