Tuesday, January 16, 2024

MESYUARAT JAWATANKUASA PERSATUAN EKUESTRIAN NEGERI KELANTAN (BARU) BIL.1/2024







12 JANUARI 2024 | 9.30 MALAM | PEJABAT PERPADUAN DAERAH BACHOK | N21 DUN PANTAI IRAMA
Saya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) Bil.1/2024.Mesyuarat kali ini bertujuan menyelaraskan pengurusan ekuin di Negeri Kelantan bagi tahun 2024.
Perubahan kabinet kepimpinan dibuat demi memperkasakan lagi kepimpinan pertubuhan Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru).
Alhamdulillah walaupun kepenatan,saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) di semua peringkat termasuklah Pemangku Pengerusi Ekuin Kawasan yang hadir mesyuarat kali ini.
Tahniah yang mana dilantik.Selamat menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin Industri Ekuin Negeri Kelantan dibawah Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru).
Saya juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Biro Lumba Kuda Negeri Kelantan dan Biro Kuda Lasak Negeri Kelantan atas penganjuran kejohanan/program sepanjang tahun 2023.
Terima kasih juga khasnya untuk penaja-penaja Sukan Berkuda Negeri Kelantan sepanjang 2023.
Semoga tahun 2024 lebih baik daripada tahun sebelum ini.Insya Allah.
Terima kasih Pejabat Perpaduan Daerah Bachok kerana bagi ruang untuk pihak saya bermesyuarat.


 

No comments:

Post a Comment