Sunday, April 7, 2024

IFTAR RAMADHAN NAFA GROUP 2024


[ 06 APRIL 2024 | SABTU ]

Alhamdulillah dapat pulang ke Gua Musang seketika untuk meruangkan masa bersama bakal isteri saya di penghujung Ramadhan.

Kali ini merupakan iftar terakhir kami sebelum kami diijab kabulkan sebagai suami isteri dan meneruskan nakhoda bahtera sebagai Ketua Keluarga dan Timbalan Ketua Keluarga.

Doakan saya dan bakal isteri saya dapat menempuhi liku-liku kehidupan yang penuh pancaroba.Doakan agar hubungan kami bahagia ke syurga jannah.

Insya Allah bulan 7 majlis pertunangan manakala bulan 10 majlis perkahwinan.Insya Allah.

#NAFAGroup #AFY #IftarRamadhan

 

Thursday, March 7, 2024

ZIARAH NUQMAN FARIS ROZIE DI SERI KEMBANGAN SELANGOR


Ziarah Nuqman Faris Rozie di Seri Kembangan.Beliau merupakan penunggang kuda Kelantan asal Wakaf Bharu yang sedang menabur khidmat bakti di Selangor Turf Club dan Perak Turf Club.

#ZiarahKeluargaEkuinKelantan

 

PERTEMUAN BERSAMA DATO MICHAEL CP FONG SELAKU CEO SELANGOR TURF CLUB


Bertemu Dato Michael CP Fong selaku CEO Selangor Turf Club merangkap Bendahari Persatuan Ekuestrian Malaysia.

Beberapa perkara dibincangkan demi sukan berkuda Negeri Kelantan.

#AFY  #KeluargaEkuin #KudaKelantan

 

Sunday, March 3, 2024

MAJLIS MERISIK FARIS X NABIHAH 2 MAC 2024










2  MAC 2024 

Majlis Merisik 

Alhamdulillah.Terima kasih Ayahanda dan Ibunda atas restu diberikan.Selesai Majlis Merisik saya bersama pasangan saya.

8.30 Malam dapat berita Abah Tok Pasangan saya meninggal dunia.Al-Fatihah.

Doakan saya dan pasangan saya agar dapat bina keluarga yang bahagia hingga ke syurga.

#NAFA  #AFY #MajlisMerisik 

 

NGOPI BERSAMA PRESIDEN ALUMNI PARLIMEN BELIA MALAYSIA 2024


26 FEBRUARI 2024

Bertemu rakan seperjuangan Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Kelantan penggal 2017-2018 di Bandar Baru Selayang.Kami merupakan Alumni Parlimen Belia Malaysia.

Parlimen Belia Malaysia merupakan platforn yang disediakan oleh KBSMalaysia demi melahirkan pemimpin anak muda.Akar umbi merupakan tunjang utama setiap pemimpin untuk terus memimpin.

Alhamdulillah dapat meruangkan masa bincang beberapa perkara untuk memperkasakan lagi Kelab Belia Tunggal di Daerah Bachok agar dapat lahir pemimpin sebagai Ahli Parlimen Belia Malaysia bagi penggal depan.

Tahniah Saudara Mohd Nazrin Faiz masih istiqomah meneruskan perjuangan Alumni Parlimen Belia Malaysia.

#AFY #P25ParlimenBachok #MAYCKawasanBachok 

 

TAHNIAH BELIA KAMPUNG BALAI,BACHOK KELANTAN






TAHNIAH BELIA KAMPUNG BALAI
Permulaan awal yang dimulakan di Kampung Balai Bachok sempena Tahun Baru Cina 2024.Insya Allah Kelab Belia Kampung Balai masih dalam peringkat status sebagai Penaja.
Saya harapkan apabila telah diluluskan kelak.Belia Kampung Balai boleh bersama saya memperkasakan lagi MAYC Kawasan Bachok.
Terima kasih dan tahniah Wiksanuk Rachan A/L Eh Boy selaku Pengerusi Penaja Kelab Belia Kampung Balai dan rakan-rakan belia kg balai atas Kejohanan Futsal khas untuk belia kg balai bachok.
Terima kasih Puan Azma Binti Yahya selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok.


 

PENYAMPAIAN HADIAH/PIALA SUKAN BERKUDA PERSISIRAN PANTAI MERABANG SIRI 1/2024







24 FEBRUARI 2024
Alhamdulillah.Terima kasih Encik Ekram Rohakimi Bin Abdul Halim selaku Pemeriksa Kira-Kira 1 Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) merangkap Pemeriksa Kira-Kira 2 MAYC Kawasan Bachok mewakili saya turun penyampaian hadiah di Pantai Merabang Bachok sempena Program Sukan Berkuda Persisiran Pantai Siri 1.
Alhamdulillah 86 ekor kuda yang sertai.Terima kasih semua penaja-penaja piala yang bagi sokongan demi menjayakan program.Terima kasih semua urusetia yang terlibat.
Terima kasih semua komuniti Sukan Berkuda Negeri Kelantan yang bagi sokongan demi menjayakan program.

NGOPI BERSAMA ENCIK ABDUL HAFEEZ SELAKU YDP MAJLIS BELIA JAJAHAN BACHOK


24 FEBRUARI 2024

Ngopi bersama Encik Abdul Hafeez selaku YDP Majlis Belia Jajahan Bachok.

Terima kasih atas kepercayaan diberikan untuk saya sebagai EXCO Majlis Belia Jajahan Bachok penggal 2023-2025.

#AFY #P25ParlimenBachok

 

SESI TOWNHALL JAWATANKUASA PERTIKAIAN SUKAN SIRI 1/2024


24 FEBRUARI 2024

Hadir di Sesi Townhall Jawatankuasa Pertikaian Sukan Siri 1 bertempat Shah Alam Convention Centre (SACC) Selangor.

Terima kasih YBrs. Encik Suhardi Bin Alias bigbos Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Terima kasih YBhg. Datuk Low Beng Choo selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertikaian Sukan.Menteri Belia dan Sukan telah melantik ahli-ahli Jawatankuasa Pertikaian Sukan di bawah seksyen 27 Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] bagi mendengar dan membuat keputusan kepada pertikaian sukan yang dirujuk oleh anggota, jawatankuasa atau badan sukan itu sendiri.

Tahniah atas penganjuran Townhall Jawatankuasa Pertikaian Sukan Siri 1 yang banyak beri penerangan yang jelas tentang SDC.

#AFY #PENKB #PersatuanEkuestrianNegeriKelantan(Baru) #Kelantan 

 

NGOPI BERSAMA ENCIK HARIZ 2024


23 FEBRUARI 2024

Ngopi bersama Encik Hariz 

 

NGOPI BERSAMA ENCIK FAUD PEGAWAI KHAS YB EXCO PELANCONGAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN 2024


21 FEBRUARI 2024

Ngopi bersama Encik Fuad Pegawai Khas YB Exco Pelancongan Kerajaan Negeri Kelantan.

 

HOSPITAL BACHOK MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA RAKYAT DAERAH BACHOK


Hospital Bachok

Alhamdulillah.Terima kasih Dato Seri Dr Awang Adek Hussin,Allahyarham Dato Ilias Husain,YB Datuk Ustaz Marzuk Shaary,YB Senator Ustaz Nik Abduh atas usaha memperjuangkan Hospit al Bachok agar siap dengan jayanya.

Semoga kemudahan fasiliti kesihatan untuk rakyat P25 Parlimen Bachok dapat dimanfaatkan untuk semua.


 

TAHNIAH KELUARGA MAYC NEGERI MELAKA 2024


Tahniah saya ucapkan khasnya untuk keluarga MAYC Negeri Melaka dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Tetap,Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

Selamat berkhidmat dan galas tanggungjawab sebagai pemimpin belia di Negeri Melaka.

Keluarga MAYC tetap bersatu maju.

Tahniah YB Kak Dira Abu Zahar (Wakil Gerakan 4B Negeri Melaka) dilantik sebagai Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka penggal 2024-2026

#KeluargaMAYC #MAYC #BersatuMaju #TahniahMelaka

 

NGOPI BERSAMA SETIAUSAHA MAYC NEGERI MELAKA 2024


MELAKA MALL

Usai hadir program Jumpa Orang Muda (JOM) di Melaka Mall bersama YB Adam Adli selaku Timbalan Menteri KBSMalaysia .

Saya mengopi bersama Saudara Fiza merupakan Setiausaha MAYC Negeri Melaka merangkap Bendahari MAYC Kawasan Jasin.Beliau juga Alumni Parlimen Belia Malaysia Batch 2.

#AFY #BersatuMaju #MAYC #KeluargaMAYC #KitaGalasBersama