Friday, June 12, 2020

ZIARAH KETUA UMNO CAWANGAN PADANG CHINA


Bulan Ramadhan 2020

Saya turun ziarah Ketua Umno Cawangan Padang China sambil bincang beberapa perkara untuk pemerkasaan UMNO CAWANGAN PADANG CHINA...Saya selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China sentiasa beri kerjasama dengan ketua untuk memantapkan lagi pemuda..Insya Allah saya cuba mencari inisiatif terbaik untuk memperkasakan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China

ZIARAH IBU SAUDARA DI KG KEMUDI BACHOK



Ziarah Mok Saudara saya sendiri sambil bertanya khabar beliau dalam bulan Ramadhan.Saya serahkan sumbangan daripada Petron Malaysia..Terima Kasih Petron Malaysia..Pax sumbangan ini saya selit dibawah Kelab Belia Gunong.

KUNJUNGAN BERTEMU NAIB PRESIDEN 3 PERSATUAN EKUESTRIAN MALAYSIA



KUNJUNGAN SANTAI KE AR-RAUDHAH EQUINE STABLE

Bertemu Haji Mohamad Din Bin Mat merupakan Pengarah Ar-Raudhah Equine Stable merangkap Naib Presiden 3 Persatuan Ekuestrian Malaysia sambil saya berbincang beberapa perkara untuk Sukan Berkuda Negeri Kelantan dibawah kendalian Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru),Doakan agar dipermudahkan urusan kita semua.

KUNJUNGAN BERTEMU PENGARAH MAJLIS SUKAN NEGERI KELANTAN



15 Mei 2020 :

Saya dan Saudara Hafidzi selaku Setiausaha Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) mengadakan kunjungan hormat bertemu Pengarah Majlis Sukan Negeri Kelantan Encik Muhammed Imran Bin Mansoor di Wisma Majlis Sukan Negeri Kelantan.Beberapa perbincangan awal untuk Sukan Ekuestrian(Sukan Berkuda) Negeri Kelantan untuk Pelan Pembangunan Masa Jangka Masa Panjang.Doakan agar dipermudahkan segala perancangan untuk tapak Kekal Sukan Berkuda Negeri Kelantan.Saya cuba perjuangkan Insya Allah.....

#Penkb #SukanBerkudaNegeriKelantan #Kelantan #MajlisSukanNegeriKelantan

LOGO PERSATUAN EKUESTRIAN NEGERI KELANTAN(BARU)

LOGO PERSATUAN EKUESTRIAN NEGERI KELANTAN(BARU)

KUNJUNGAN BERTEMU PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH MAJLIS EKUIN MALAYSIA



10 Jun 2020 : 

Sebelum masuk meeting dengan Majlis Ekuin Malaysia bersama wartawan.Kami meeting secara santai dulu diluar sebelum masuk meeting secara formal dengan Wartawan berkaitan beberapa perkara tentang AHS.Sempat meeting sekejap dengan Yang Amat Mulia Tengku Syarif Temenggong Perlis Dato' Seri Diraja Syed Amir Abidin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Majlis Ekuin Malaysia. Saya kepilkan beberapa perkara akan dibuat di Peringkat Negeri Kelantan dan Kursus Kemahiran di Peringkat Negeri Kelantan.

Kertas Kerja saya telah hantar kepada pihak Majlis Ekuin Malaysia.Insya Allah semoga dapat respond positif daripada pihak Majlis Ekuin Malaysia bagi melaksanakan Kursus pada 2021.Terima Kasih Yang Amat Mulia Tengku Syarif Temenggong Perlis Dato' Seri Diraja Syed Amir Abidin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Majlis Ekuin Malaysia sudi memberi sokongan untuk Negeri Kelantan.

Insya Allah apa yang dinasihati tengku,saya cuba selaraskan bersama dan saya mengharapkan pihak Majlis Ekuin Malaysia selaraskan ataupun maklumkan kepada kami dahulu di Peringkat Negeri Kelantan bagi memudahkan kami selaraskan struktur kepimpinan dalam sesuatu program untuk manfaat semua. 

#SukanBerkudaNegeriKelantan 

#PersatuanEkuestrianNegeriKelantan(Baru)

POTRET KENANGAN 2018 DAN 2020


Sekejap sahaja masa berlalu..

Apabila saya diberi tanggungjawab untuk menggalaskan sebagai Pengerusi Peringkat Negeri Kelantan.Saya terus kayuhan rebuilding balik struktur Persatuan Sukan Berkuda untuk Peringkat Negeri Kelantan.

Ingin menjalankan tugas dan tanggungjawab ini bukan semudah kata dibibir.Hasrat dan hajat untuk pembangunan Sukan Berkuda berada di bahu setiap aktivitis Sukan Berkuda.Sukan Berkuda adalah sukan "SUNNAH" tetapi kita harus perkasakan sunnah itu dalam pelbagai bidang termasuk memanah.Insya Allah saya telah kepilkan cadangan Pembangunan untuk Sukan Berkuda Negeri Kelantan kepada pihak kebangsaan.Doakan agar dipermudahkan demi kemudahan kita semua.

17 Disember 2018 Pertemuan saya kali pertama dengan pihak Persatuan Ekuestrian Malaysia.

9 Jun 2020 Pertemuan kali kedua saya dengan pihak Persatuan Ekuestrian Malaysia

Untuk pemerkasaan  ini bukan sekelip mata untuk membangunkan.Memakan masa lama untuk mencapai hasrat dan hajat yang diimpikan.Insya Allah saya akan turun ke akar umbi lagi untuk memohon akar umbi Sukan Berkuda Kelantan mewujudkan Kelab Sukan Berkuda setiap Daerah.Perkara ini bukan semudahnya untuk aktifkan tapi dengan niat yang baik Insya Allah hasilnya baik demi Sukan Berkuda Negeri Kelantan.

Doakan agar urusan dan perjuangan kita semua dipermudahkan hajat yang diimpikan.

"ZERO TO HERO"

#Kelantan #PersatuanEkuestrianNegeriKelantan(Baru) #AnakMudaKelantan #BeliaKelantan

KUNJUNGAN BERTEMU WAKIL KEPIMPINAN PERSATUAN EKUESTRIAN MALAYSIA


9 Jun 2020 :

Saya selaku Pengerusi Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) mengadakan kunjungan ke Ibu Pejabat Persatuan Ekuestrian Malaysia di Ampang untuk berbincang beberapa perkara untuk Sukan Berkuda Negeri Kelantan.Perkara-perkara yang dibincangkan seperti berikut :-

1.  Permohonan untuk bergabung dengan Persatuan Ekuestrian Malaysia
    Jawapan : Pihak peringkat Negeri Kelantan kena cukup syarat ahli Gabungan di Peringkat Negeri Kelantan.

2.  Perbincangan hala tuju pembangunan Sukan Berkuda Negeri Kelantan 2021-2024 untuk Fasa 1

     Jawapan : Pihak Persatuan Ekuestrian Malaysia memberi pandangan positif dan pihak EAM memberi peluang kepada Peringkat Negeri Kelantan untuk menjadi ahli individu di Peringkat Kebangsaan sebelum Persatuan Ekuestrian Negeri  Kelantan(Baru) menjadi ahli Gabungan sah di Peringkat Kebangsaan.

3.Saya juga berbincang untuk mewujudkan insurance perlindungan untuk penunggang kuda Seluruh Negeri Kelantan agar mereka ambil insurance ini.Saya usulkan kepada Persatuan Ekuestrian  Malaysia agar mencari syarikat yang bersesuaian dan pastikan seluruh Penunggang Kuda Seluruh Malaysia mempunyai insurance perlindungan ini termasuk Negeri Kelantan.

 Jawapan : Pihak EAM menerima cadangan ini dan akan dipertimbangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi.

4. Perbincangan untuk acara Ekuestrian SUKMA 2024 di Kelantan

Jawapan : Pihak Persatuan Ekuestrian Malaysia respond positif terhadap hasrat Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) ingin adakan acara Ekuestrian di Temasya Sukan Malaysia 2024 bakal diadakan di Negeri Kelantan Che Siti Wan Kembang.Nasihat Persatuan Ekuestrian Malaysia untuk Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) agar pastikan di Kelantan mempunyai Kelab Berkuda yang berdafyar secara SAH dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia bagi memantapkan dan rebuilding balik  Industri Sukan Berkuda dalam Persatuan dan berada dibawah satu bumbung di peringkat Negeri bagi membantu Persatuan Ekuestrian Malaysia untuk peringkat Tertinggi.

PENKB : Untuk makluman EAM,di Peringkat Negeri Kelantan hanya 2 Kelab Sahaja yang berdaftar secara SAH dibawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia iaitu :

1. Kelab Ekuestrian ZAP(Zahra)
2. Kelab K4

Insya Allah pengurusan Peringkat Negeri Kelantan akan giat turun bagi penerangan agar Kelab diwujudkan di setiap daerah secara sah dibawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia.Peranan Berpersatuan atau Kelab untuk selaraskan program2 dan lain2..Apa yang penting laporan aktiviti MYKB perlu dihantar sentiasa setiap tahun kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Saya mengharapkan agar suatu hari nanti Industri Sukan Berkuda Negeri Kelantan mempunyai sinar kejayaan dan fasiliti yang cukup untuk kemudahan dan kegunaan semua.Terima Kasih Dato' Mejar(R) Yap Mou Soon selaku Setiausaha Kehormat Persatuan Ekuestrian Malaysia sudi menerima kunjungan saya ini dan memberi nasihat dan pandangan untuk Persatuan Ekuestrian Negeri Kleantan(Baru).Apa yang diberi tanggungjawab untuk saya galaskan tugas di Peringkat Negeri Kelantan saya mengharapkan pihak peringkat Kebangsaan melalui Persatuan Negeri untuk Program Sukan Berkuda di Negeri Kelantan bagi memudahkan penyelarasan Pentadbiran Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru).

Terima Kasih Persatuan Ekuestrian Malaysia dan Doakan agar urusan dan perjuangan ini dipermudahkan demi Industri Sukan Berkuda Negeri Kelantan

Solluallaik
AHMAD FARIS BIN YUSOF
Pengerusi
Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru)

JOM DAFTAR KEAHLIAN INDIVIDU PERSATUAN EKUESTRIAN MALAYSIA



Jom semua aktivis Sukan Berkuda Negeri Kelantan daftar ahli individu dibawah Persatuan Ekuestrian Malaysia(Equestrian Association Of Malaysia)..

Untuk maklumat lanjut hubungi ditalian dibawah :

EQUESTRIAN ASSOCIATION OF MALAYSIA
A12-3A,Jalan Selaman 1/1,Dataran Palma,
Jalan Ampang,68000 Selangor DarulEhsan.

Telefon : +603 4270 6847
+603 4270 2467

Fax  : +60 4270 6846

Email : masequestrian@gmail.com