Friday, June 12, 2020

KUNJUNGAN BERTEMU WAKIL KEPIMPINAN PERSATUAN EKUESTRIAN MALAYSIA


9 Jun 2020 :

Saya selaku Pengerusi Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) mengadakan kunjungan ke Ibu Pejabat Persatuan Ekuestrian Malaysia di Ampang untuk berbincang beberapa perkara untuk Sukan Berkuda Negeri Kelantan.Perkara-perkara yang dibincangkan seperti berikut :-

1.  Permohonan untuk bergabung dengan Persatuan Ekuestrian Malaysia
    Jawapan : Pihak peringkat Negeri Kelantan kena cukup syarat ahli Gabungan di Peringkat Negeri Kelantan.

2.  Perbincangan hala tuju pembangunan Sukan Berkuda Negeri Kelantan 2021-2024 untuk Fasa 1

     Jawapan : Pihak Persatuan Ekuestrian Malaysia memberi pandangan positif dan pihak EAM memberi peluang kepada Peringkat Negeri Kelantan untuk menjadi ahli individu di Peringkat Kebangsaan sebelum Persatuan Ekuestrian Negeri  Kelantan(Baru) menjadi ahli Gabungan sah di Peringkat Kebangsaan.

3.Saya juga berbincang untuk mewujudkan insurance perlindungan untuk penunggang kuda Seluruh Negeri Kelantan agar mereka ambil insurance ini.Saya usulkan kepada Persatuan Ekuestrian  Malaysia agar mencari syarikat yang bersesuaian dan pastikan seluruh Penunggang Kuda Seluruh Malaysia mempunyai insurance perlindungan ini termasuk Negeri Kelantan.

 Jawapan : Pihak EAM menerima cadangan ini dan akan dipertimbangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi.

4. Perbincangan untuk acara Ekuestrian SUKMA 2024 di Kelantan

Jawapan : Pihak Persatuan Ekuestrian Malaysia respond positif terhadap hasrat Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) ingin adakan acara Ekuestrian di Temasya Sukan Malaysia 2024 bakal diadakan di Negeri Kelantan Che Siti Wan Kembang.Nasihat Persatuan Ekuestrian Malaysia untuk Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) agar pastikan di Kelantan mempunyai Kelab Berkuda yang berdafyar secara SAH dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia bagi memantapkan dan rebuilding balik  Industri Sukan Berkuda dalam Persatuan dan berada dibawah satu bumbung di peringkat Negeri bagi membantu Persatuan Ekuestrian Malaysia untuk peringkat Tertinggi.

PENKB : Untuk makluman EAM,di Peringkat Negeri Kelantan hanya 2 Kelab Sahaja yang berdaftar secara SAH dibawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia iaitu :

1. Kelab Ekuestrian ZAP(Zahra)
2. Kelab K4

Insya Allah pengurusan Peringkat Negeri Kelantan akan giat turun bagi penerangan agar Kelab diwujudkan di setiap daerah secara sah dibawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia.Peranan Berpersatuan atau Kelab untuk selaraskan program2 dan lain2..Apa yang penting laporan aktiviti MYKB perlu dihantar sentiasa setiap tahun kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Saya mengharapkan agar suatu hari nanti Industri Sukan Berkuda Negeri Kelantan mempunyai sinar kejayaan dan fasiliti yang cukup untuk kemudahan dan kegunaan semua.Terima Kasih Dato' Mejar(R) Yap Mou Soon selaku Setiausaha Kehormat Persatuan Ekuestrian Malaysia sudi menerima kunjungan saya ini dan memberi nasihat dan pandangan untuk Persatuan Ekuestrian Negeri Kleantan(Baru).Apa yang diberi tanggungjawab untuk saya galaskan tugas di Peringkat Negeri Kelantan saya mengharapkan pihak peringkat Kebangsaan melalui Persatuan Negeri untuk Program Sukan Berkuda di Negeri Kelantan bagi memudahkan penyelarasan Pentadbiran Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru).

Terima Kasih Persatuan Ekuestrian Malaysia dan Doakan agar urusan dan perjuangan ini dipermudahkan demi Industri Sukan Berkuda Negeri Kelantan

Solluallaik
AHMAD FARIS BIN YUSOF
Pengerusi
Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru)

No comments:

Post a Comment