Tuesday, December 14, 2021

PENYERAHAN PERALATAN TAKRAW UNTUK PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN KUBANG TELAGA







UMNO CAWANGAN KUBANG TELAGA
Alhamdulillah ....semoga Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kubang Telaga kekal aktif bersukan.
Terima kasih Encik Rosle selaku Ketua UMNO Cawangan Kubang Telaga.


 

ATLET BELIA EKUIN KELANTAN AKAN DISERAPKAN DALAM PROJEK ROAD TO SUKMA KELANTAN



"ATLET BELIA EKUIN KELANTAN AKAN DISERAPKAN DALAM PROJEK ROAD TO SUKMA KELANTAN"
BACHOK,4 November 2021 - Atlet belia ekuin Kelantan akan diserapkan dalam projek road to Sukma Kelantan.
Saudara Ahmad Faris Yusof selaku Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) merangkap Pengerusi MAYC Kawasan Bachok berkata,projek ini akan bermula apabila atlet tersebut melepasi pemilihan atlet belia Ekuin Kelantan.
Beliau juga mensasarkan pingat untuk acara Ekuestrian dan sedang berusaha agar acara Ekuestrian dipertandingkan dalam Temasya Berprestij di Negara kita iaitu SUKMA.
Beliau juga mengharapkan pihak kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan dapat memberi sokongan permohonan pihaknya bagi membina venue Ekuestrian kekal di Kelantan.Beliau hadir dalam Mesyuarat Teknikal Jawatankuasa Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) Bil.2/2021 di Sudara Beach Resort & Spa.Mesyuarat dihadiri oleh Azis selaku Timbalan Presiden,Yazid selaku Bendahari,Naib Presiden 1 (Zurimy),Naib Presiden 3(Ali Syariati),Nurul Syazwani(Setiausaha)dan beberapa orang EXCO Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) yang hadir.
Insya Allah di kawasan Bachok beliau akan gabungkan 2 NGO iaitu Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan bersama MAYC Kawasan Bachok sebagai rakan strategik di Daerah Bachok bagi menjayakan hasrat melahirkan atlet belia ekuin Kelantan amnya daripada Daerah Bachok.
Kepada anda yang berminat untuk daftar ahli MAYC Kawasan Bachok,jom daftar sekarang.
Berminat untuk sertai MAYC Kawasan Bachok boleh tekan link dibawah :-
Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok untuk memperkasakan lagi program-program dibawah MAYC Kawasan Bachok boleh salurkan di akaun Bank Simpanan Nasional dibawah penama MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(Bank Simpanan Nasional-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.
Rujukan :-



 

ZIARAH KELUARGA ALLAHYARHAM SAIMI BIN SEMAN MANTAN PENGERUSI BIRO KEBAJIKAN PENKB



"ZIARAH KELUARGA ALLAHYARHAM SAIMI BIN SEMAN MANTAN PENGERUSI BIRO KEBAJIKAN PENKB"

KUBANG KERIAN,4 Oktober 2021 - Saudara Ahmad Faris Yusof selaku Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) turun ke rumah keluarga Allahyarham Saimi Bin Seman selaku Mantan Pengerusi Biro Kebajikan PENKB.

Sedikit sumbangan daripada Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru).Turun bersama dalam sesi ziarah tersebut ialah Encik Azis selaku Timbalan Presiden,Encik Zurimy selaku Naib Presiden 1,Encik Yazid selaku Bendahari dan Encik Khairo Azaha selaku EXCO PENKB merangkap Pengerusi Biro Tugas-Tugas Khas.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Saimi Bin Seman.

Al-Fatihah.... 

 

HARI BERTEMU PELANGGAN PEJABAT PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA



"HARI BERTEMU PELANGGAN PEJABAT PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA"
BUKIT JALIL,8 Oktober 2021 - Alhamdulillah dapat hadir ke Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia untuk menyelesaikan beberapa perkara urusan Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru).
Terima Kasih bigbos Encik Ibrahim Yusof selaku Pendaftar Pesuruhjaya Sukan Malaysia.Insya Allah saya cuba galaskan tanggungjawab di Peringkat Negeri bagi mengaktifkan setiap Daerah dengan kewujudan pertubuhan sukan ekuestrian.
Doakan untuk saya agar dapat perkasakan pertubuhan sukan ekuestrian di Negeri Kelantan.
Sempat juga semalam selitkan beberapa soalan tentang penganjuran kejohanan sukan.Insya Allah nasihat yang diberikan oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia akan cuba saya laksanakan di Negeri Kelantan.

 

MESYUARAT UMNO CAWANGAN KUBANG TELAGA 2021



N22 DUN JELAWAT ( 23 November 2021)
"UMNO CAWANGAN KUBANG TELAGA"
Mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bachok untuk turun ke Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Kubang Telaga 2021.
Persidangan tahunan UMNO ini merupakan satu perjumpaan keluarga UMNO di akar umbi.
Tahniah UMNO Cawangan Kubang Telaga berjaya selesaikan mesyuarat tahunan bagi tahun 2021.


 

PERSIDANGAN SERENTAK 3 CAWANGAN UMNO



N21 DUN PANTAI IRAMA
"PERSIDANGAN SERENTAK 3 CAWANGAN UMNO"
Alhamdulillah selesai melaksanakan tanggungjawab untuk mengadakan Persidangan Tahunan 2021 Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China.
Insya Allah doakan yang terbaik untuk memperkasakan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China.


 

CALON ANAK MUDA "MUKA BARU" PERLU DIKETENGAHKAN DALAM PILIHANRAYA UMUM YANG DATANG



"CALON ANAK MUDA "MUKA BARU" PERLU DIKETENGAHKAN DALAM PILIHANRAYA UMUM YANG DATANG"
BACHOK,13 Disember 2021 - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bachok mendesak agar kepimpinan tertinggi parti untuk meletakkan lebih ramai calon anak muda pada Pilihan Raya Umum yang datang.
Perkara tersebut diusulkan oleh Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Ahli Jawatankuasa (Dilantik)Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bachok merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China dalam Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bachok 2021 yang telah diadakan pada 11 Disember 2021 bertempat Aras 1 Dewan Pejabat UMNO Bahagian Bachok.
Bukti calon muda telah terhasil di Pilihanraya Negeri Melaka yang lepas.Kesemuanya telah mendapat tempat di hati rakyat Melaka.Selain itu,beliau turut mengusulkan 3 lagi usul kali ini.Beliau mengharapkan pucuk pimpinan parti UMNO dapat buat keputusan terbaik bagi mengadakan pemilihan parti untuk mengelakkan perpecahan.
Ada sesetengah pemimpin berjiwa besar.Ada sesetengah tidak berjiwa besar.Pemerkasaan Cawangan perlu dititik beratkan bagi memperkasakan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bachok.
Usul ketiga,beliau mengharapkan pucuk pimpinan parti menolak sebarang kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM)bagi menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang.Akar umbi UMNO perlu diperkukuhkan kembali.
Usul Keempat,mendahulukan dan mengutamakan gerak kerja Pilihanraya daripada peringkat Pusat sehingga ke peringkat PDM dan memastikan jentera semua peringkat bersiap sedia memenangkan Barisan Nasional pada PRU-15 nanti.
Jentera PDM perlu bersikap JUJUR dalam melaksanakan tanggungjawab.Apabila bersikap sedemikian,saya percaya PENGUNDI memberi kepercayaan penuh kepada Barisan Nasional.Segala persiapan harus mempunyai strategi yang rapi.
Saudara Ahmad Faris Yusof juga turut mengulas 4M kepada semua perwakilan yang hadir.M yang pertama adalah menyedari bahawa ekonomi rakyat amat terkesan akibat pendamik Covid-19 yang melanda negara.UMNO perlu memainkan peranan dalam menjadi jurubicara rakyat bagi memastikan keadaan ekonomi dapat dipulihkan semula.Pada pandangan rakyat melihat UMNO mempunyai kuasa sebagai YAB Perdana Menteri.
M kedua adalah menginsafi bahawa suasana politik yang ketidaktentuan dapat membentuk ketidakstabilan terhadap kesejahteraan rakyat dan ekonomi.
M ketiga adalah mengakui PRN di Melaka merupakan penanda aras Barisan Nasional untuk terus kembali dekat dihati rakyat.UMNO perlu menyusun segera strategik bagi menghadapi PRU-15.Segala kelemahan perlu diperbaiki.
M keempat adalah Mengingatkan mana-mana ahli parti yang memikirkan kepentingan diri daripada kepentingan parti UMNO perlu sentiasa bermuhasabah agar tidak mengulangi kesilapan-kesilapan sehingga UMNO tersungkur lantas tidak lagi berjaya menubuhkan Kerajaan.
Akhir sekali,mengingatkan kepada semua pemegang jawatan dalam parti UMNO.UMNO merupakan sebuah parti keramat orang melayu.UMNO merupakan parti memperjuangkan kemerdekaan di Malaysia.Kepimpinan yang telah menang pemilihan haruslah menggunakan sebaik mungkin kepercayaan mandat yang diberikan oleh semua perwakilan.
Di Bachok,2020 pemuda cawangan sebanyak 115 cawangan sahaja yang dapat bersidang.Pada tahun ini 2021 sebanyak 104 cawangan sahaja boleh bersidang.Semua kepimpinan tidak kira di Bahagian ataupun Cawangan harus mengambil peranan untuk menjaga KPI pendaftaran keahlian baru Ahli UMNO di Cawangan.Tujuan bagi mengelak cawangan tersebut tidak dapat bersidang kerana tidak cukup korum keahlian pemuda.
Berhentilah bersengketa.Berhentilah memberontak.Sebagai seorang pemimpin perlu berjiwa besar.Pandangan dan nasihat perlu diambil bagi memperbaiki kelemahan yang ada.Setiap manusia semua ada kelebihan dan kelemahan.
Ayuh wahai Pemuda sekalian.Rapatkan saf kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bachok.Semua perwakilan telah beri mandat dan galaskan tanggungjawab kita sebagai seorang pemimpin parti.
PEMILIHAN merupakan medan untuk memilih pemimpin yang boleh membawa perubahan untuk Parti UMNO mengatur strategi memenangkan Barisan Nasional dalam setiap Pilihanraya Umum.
Ada yang MENANG dan ada yang KALAH.Yang MENANG tidak boleh angkuh dan sombong dengan kemenangan tersebut.Parti UMNO bukan parti Individu.Parti UMNO adalah parti keramat orang melayu.Angkuh,sombong dan ego membuatkan rakyat benci kepada pemimpin dalam parti UMNO.Tempias tersebut akan membuatkan reputasi dan kepercayaan terhadap parti UMNO menurun dihati rakyat.
Ayuhlah wahai PEMUDA sekalian.Rapatkan saf.Keinginan seseorang ingin menjadi seorang pemimpin bukan senang dan mudah seperti belajar A,B,C.Ayuhlah mengatur kembali strategi agar parti UMNO dapat berada dihati rakyat sekali gus kepercayaan rakyat dapat memenangkan kembali Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum yang akan datang.
Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bachok 2021 dirasmikan oleh YBHG. Haji Mohd Yusoff Bin Shaffie selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok.Manakala ucapan penangguhan disempurnakan oleh Saudara Mohd Fadzeli Bin Mat Yusoff selaku Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bachok.Manakala mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh Saudara Fazrin Izwan Bin Ismail selaku Timbalan Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bachok dan Muhammad Kamel Bin Ahmad selaku Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bachok.
Terima kasih kepada semua Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bachok yang bertungkus lumus dan bekerjasama menjayakan mesyuarat kali ini.Terima Kasih kepada perwakilan yang hadir.
Solluallaik.
AHMAD FARIS BIN YUSOF
Ketua Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Padang China
Merangkap AJK Pergerakan Pemuda
UMNO Bahagian Bachok (Dilantik).


 


 

RIADAH BOLASEPAK BERSAMA KOMUNITI BELIA MAHLIGAI DUN JELAWAT








Riadah Sukan BolaSepak bersama Belia Mahligai.
Saya mengharapkan komuniti belia Mahligai dapat mewujudkan Kelab Belia Mahligai.
Mahligai merupakan pintu masuk Dun Jelawat melalui Dun Selising dan Dun Melor.
Terima kasih belia Mahligai dan belia sekitar yang turun riadah Sukan BolaSepak di Padang BolaSepak Klinik Kesihatan Mahligai.