Sunday, May 24, 2020

PANTUN RAYA 2020



TAKBIR bergema terasa sayu,
Pada pagi hari yang mulia,
Raya ini sungguhlah pilu
Tanpa keluarga dan sanak saudara.
1 Syawal sudah tiba,
Diraikan dengan sungguh berbeza,
Jangan berziarah di hari raya,
Kita guna video call saja.
Lagu raya Sharifah Aini,
Nyayian indah lagi merdu,
Sungguh berbeza raya ini,
Tanpa terima kehadiran tetamu.
Sekotak mancis secawan madu,
Selautan kasih seluas rindu,
Salam lebaran ucapan buatmu,
Lepas PKP kita kan bertemu.
Gulai tempoyak ikan mayong,
Deroyan busok tebok tupai,
Pandu hemat ingat kampong,
Asal teman selamat sampai.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Makan sudah bersalam pun sudah,
Duit raya takkan dah lupa.
Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.
Menyeberang lautan melintas negeri,
Terbang jauh dari Kuala Lumpur,,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.
Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdetum detam,
Riang gembira dihari raya.
Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang teraniaya,
Makan sudah baju bergaya,
Orang fakir jangan dilupa.
Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut Hari Raya.
Buah pauh ditengah bendang,
Jadi dagangan ditengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.
Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaafkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.
Yang jauh itu Waktu,
Yang dekat itu Mati,
Yang besar itu Nafsu,
Yang berat itu Amanah,
Yang mudah itu Berbuat Dosa,
Yang panjang itu Amal Soleh,
Yang indah itu Saling Memaafkan.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Tulus Ikhlas :
Ahmad Faris Yusof

SINAR SYAWAL BNYV KELANTAN 2020







SINAR SYAWAL BNYV KELANTAN 2020
Parlimen Bachok
(Sekitar Kampung Kemudi & Kampung Kandis)

22 Mei 2020 :

Saudara Ahmad Faris Yusof selaku Setiausaha BNYV Negeri Kelantan bersama-sama Koordinator BNYV Kawasan Bachok/Pasir Puteh Saudara Qasrien mengadakan Ziarah Sinar Syawal BNYV Kelantan di Sekitar Kampung Kemudi Dan Kampung Kandis.5 Buah rumah di Kampung Kemudi yang melibatkan Umno Cawangan Padang China.Manakala 4 Buah Rumah lagi di Persisiran Pantai Kandis.Ziarah Sinar Syawal BNYV Kelantan 2020 disumbangkan oleh YB Datuk Ahmad Jazlan Bin Yaakub selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.Semoga kita terus Istiqomah dengan perjuangan Agama,Bangsa Dan Negara.