Saturday, November 28, 2020

PENYAMPAIAN CENDERAHATI DARIPADA WAKIL PERSATUAN EKUESTRIAN NEGERI KELANTAN(BARU)


PENYAMPAIAN CENDERAHATI DARIPADA WAKIL PERSATUAN EKUESTRIAN NEGERI KELANTAN(BARU)

Ahmad Faris Yusof selaku Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) menyampaikan cenderahati kepada YB Dato' Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi merupakan Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan II.

Cenderahati tersebut merupakan Murtabak Diraja D'Royale Daripada Kelantan.Terima Kasih Nik Farah Dianah merupakan Branch di Kuala Lumpur sudi menyediakan Murtabak Diraja D'Royale.

Sesiapa nk order boleh hubungi call atau whatsapp ditalian 0195692707 (D'Royale Murtabak Diraja)

#PersatuanEkuestrianNegeriKelantan(Baru) 
 

KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS EKUIN MALAYSIA DAN WAKIL PERSATUAN EKUESTRIAN NEGERI KELANTAN(BARU)







KUNJUNGAN HORMAT  MAJLIS EKUIN MALAYSIA DAN WAKIL PERSATUAN EKUESTRIAN NEGERI KELANTAN(BARU)

Majlis Ekuin Malaysia mengadakan kunjungan bertemu YB Dato' Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II bagi berbincang beberapa perkara tentang Industri Ekuin di Malaysia.

Rombongan Majlis Ekuin Malaysia diketuai oleh Yang Amat Mulia Tengku Syarif Tengku Temenggong Perlis,Dato Seri Diraja Syed Amir Abidin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Majlis Ekuin Malaysia,Dato' Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam selaku Pengarah Majlis Ekuin Malaysia,Dato Malek Jeremiah selaku Setiausaha Majlis Ekuin Malaysia dan Ahmad Faris Yusof selaku Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru).

Terima Kasih YB Dato' Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi selaku Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan II sudi menerima kunjungan ini.

 

ZIARAH KASIH PERSATUAN EKUESTRIAN NEGERI KELANTAN (BARU)


ZIARAH KASIH PERSATUAN EKUESTRIAN NEGERI KELANTAN (BARU)

Encik Aziz selaku Naib Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) turun bersama Exco Kebajikan Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) ziarah Pengadik Pertandingan Kejohanan Lumba Kuda Kelantan iaitu Saudara Mat Miey yang mengalami demam dan keuzuran.

Sedikit Sumbangan daripada pihak Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) bagi Saudara Mat Miey

Terima Kasih Naib Presiden dan Exco Kebajikan Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) sudi turun ziarah kasih.
 

KUNJUNGAN HORMAT ALUMNI PARLIMEN BELIA MALAYSIA



KUNJUNGAN HORMAT ALUMNI PARLIMEN BELIA MALAYSIA

Alumni Parlimen Belia Malaysia mengadakan kunjungan hormat bertemu YB Senator Dato Dr Mah Hang Soon Timbalan Menteri Pendidikan 1.

Rombongan diketuai oleh Presiden Alumni Parlimen Belia Malaysia Mohd Nazrin Faiz,Ahmad Faris Yusof selaku Alumni Parlimen Belia Malaysia Negeri Kelantan Batch 2 merangkap Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru),Muhaimin Alumni Parlime Belia Malaysia Negeri Pahang Batch 2.

Terima Kasih YB Senator Dato Dr Mah Hang Soon merupakan Timbalan Menteri Pendidikan 1 sudi menerima kunjungan kami.





 

Wednesday, October 28, 2020

Lawatan ke Trek Kejohanan Sukan Berkuda Sementara di Tumpat




Lawatan ke Trek Kejohanan Sukan Berkuda Sementara di Tumpat... Terima kasih Ustaz Husyaimi Pegawai Khas YAB Dato Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan sudi turun padang beri sokongan mewakili YAB MB....Insya Allah fokus utama saya adalah untuk memperkasakan aktiviti Lumba Kuda di Seluruh Daerah dalam Negeri Kelantan.. Anda ingin menyumbang untuk membantu Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) boleh salurkan terus ke akaun : 553104588625(Maybank) (PERSATUAN EKUESTRIAN NEGERI KELANTAN(BARU) Insya Allah next step untuk acara kuda lasak..untuk permulaan kali ni untuk menyeleraskan pengurusan "KELANTAN RACE HORSE".Untuk Lumba Kuda Kelantan saya telah melantik saudara yazid untuk menyelaraskan program berkaitan Lumba Kuda(Race) di Kelantan. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua... #PersatuanEkuestrianNegeriKelantan(Baru) #SukanBerkudaKelantan #Tumpat





 

Friday, October 16, 2020

SANTAI BERSAMA PENGHULU KAMPUNG HAJI SAMAN DUN JELAWAT


SANTAI BERSAMA PENGHULU KAMPUNG HAJI SAMAN DUN JELAWAT

Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok merangkap Pengerusi Kelab Belia Gunong turun bertemu Penghulu Kg Haji Saman Encik Aarazi.

Terima Kasih Tok Penghulu Kg Haji Saman Sudi Meruangkan Masa berbincang beberapa perkara tentang belia dan beliawanis.
 

TERIMA KASIH YB DATUK ZAHIDI ZAINUL ABIDIN SELAKU TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA SUDI KETEMU WAKIL BNYV KELANTAN


TERIMA KASIH YB DATUK ZAHIDI ZAINUL ABIDIN SELAKU TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA SUDI SWAFOTO KENANGAN DENGAN WAKIL BNYV KELANTAN.SAUDAR AHMAD FARIS SELAKU SETIAUSAHA BNYV KELANTAN DAN UZAIR EXCO BNYV KELANTAN.

TERMA KASIH YB 
 

SWAFOTO BERSAMA KETUA PEMUDA MCA PUAN NICOLE WONG


SWAFOTO BERSAMA KETUA PEMUDA MCA PUAN NICOLE WONG

Sempat ketemu dengan Puan Nicole Wong selaku Ketua Pemuda MCA semasa di Lobi Parlimen apabila selesai pertemuan dengan YB Datuk Ahmad Jazlan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.Sekali sertai dalam sesi swafoto Saudara Ikrami selaku Timbalan Koordinator 2 BNYV Kelantan dan saya selaku Setiausaha BNYV Kelantan


 

PERBINCANGAN SANTAI BERSAMA PRESIDEN PERSATUAN EKUESTRIAN MALAYSIA



PERBINCANGAN SANTAI BERSAMA PRESIDEN PERSATUAN EKUESTRIAN MALAYSIA

Tarikh  : 13 Oktober 2020(Selasa)
Masa  : 3.30 Petang
Tempat : Coffea Coffe The Curve

Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong merangkap Pengerusi MAYC Kawasan Bachok dan Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) mengadakan perbincangan secara santai bersama Encik Syed Omar Bin Syed Abu Bakar AlMohdzar selaku Presiden Persatuan Ekuestrian Malaysia.

Perbincangan tersebut berlandaskan untuk memperkasakan dan mewujudkan Kelab ahli gabungan dibawah Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru).Selain itu,berbincang beberapa perkara untuk menarik minat lebih ramai lagi belia dan beliawanis Negeri Kelantan menyertai Industri Ekuin di Kelantan.


 

KUNJUNGAN SANTAI KE PEJABAT EXCO KERAJAAN NEGER SELANGOR(ALAM SEKITAR)



KUNJUNGAN SANTAI KE PEJABAT EXCO KERAJAAN NEGER SELANGOR(ALAM SEKITAR)
Tarikh  : 12 Oktober 2020(Isnin)
Masa : 3.30 Petang

Saudara Ahmad Faris selaku Exco Alumni Parlimen Belia Malaysia Jawatankuasa Prasarana,Pembangunan Dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi MAYC Kawasan Bachok dan Pengerusi Kelab Belia Gunong mengadakan kunjugan bertemu Wakil YB Hee Loy Sian merupakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.Wakil YB Exco ialah Encik Ahmad Akhir Bin Pawan Chik merupakan Penasihat Dasar YB Hee Loy Sian.

Terima Kasih sudi menerima kunjungan wakil kami.


 

Sunday, July 5, 2020

KUNJUNGAN SANTAI KE 3Q EKUESTRIAN CENTRE


30 Jun 2020 :-

Kunjungan santai ke 3Q Equestrian Centre bertemu Abang Qabil Ambak merupakan Atlet Ekuestrian Mewakili Malaysia.Beberapa perkara berbincang untuk menarik minat lebih ramai lagi golongan belia dan beliawanis menceburi bidang sukan Ekuestrian(Jumping,Drassage Dan Endurance).Terima kasih abang Qabil Ambak sudi menerima kunjungan saya.

Friday, June 12, 2020

ZIARAH KETUA UMNO CAWANGAN PADANG CHINA


Bulan Ramadhan 2020

Saya turun ziarah Ketua Umno Cawangan Padang China sambil bincang beberapa perkara untuk pemerkasaan UMNO CAWANGAN PADANG CHINA...Saya selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China sentiasa beri kerjasama dengan ketua untuk memantapkan lagi pemuda..Insya Allah saya cuba mencari inisiatif terbaik untuk memperkasakan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China

ZIARAH IBU SAUDARA DI KG KEMUDI BACHOK



Ziarah Mok Saudara saya sendiri sambil bertanya khabar beliau dalam bulan Ramadhan.Saya serahkan sumbangan daripada Petron Malaysia..Terima Kasih Petron Malaysia..Pax sumbangan ini saya selit dibawah Kelab Belia Gunong.

KUNJUNGAN BERTEMU NAIB PRESIDEN 3 PERSATUAN EKUESTRIAN MALAYSIA



KUNJUNGAN SANTAI KE AR-RAUDHAH EQUINE STABLE

Bertemu Haji Mohamad Din Bin Mat merupakan Pengarah Ar-Raudhah Equine Stable merangkap Naib Presiden 3 Persatuan Ekuestrian Malaysia sambil saya berbincang beberapa perkara untuk Sukan Berkuda Negeri Kelantan dibawah kendalian Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru),Doakan agar dipermudahkan urusan kita semua.

KUNJUNGAN BERTEMU PENGARAH MAJLIS SUKAN NEGERI KELANTAN



15 Mei 2020 :

Saya dan Saudara Hafidzi selaku Setiausaha Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) mengadakan kunjungan hormat bertemu Pengarah Majlis Sukan Negeri Kelantan Encik Muhammed Imran Bin Mansoor di Wisma Majlis Sukan Negeri Kelantan.Beberapa perbincangan awal untuk Sukan Ekuestrian(Sukan Berkuda) Negeri Kelantan untuk Pelan Pembangunan Masa Jangka Masa Panjang.Doakan agar dipermudahkan segala perancangan untuk tapak Kekal Sukan Berkuda Negeri Kelantan.Saya cuba perjuangkan Insya Allah.....

#Penkb #SukanBerkudaNegeriKelantan #Kelantan #MajlisSukanNegeriKelantan

LOGO PERSATUAN EKUESTRIAN NEGERI KELANTAN(BARU)

LOGO PERSATUAN EKUESTRIAN NEGERI KELANTAN(BARU)

KUNJUNGAN BERTEMU PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH MAJLIS EKUIN MALAYSIA



10 Jun 2020 : 

Sebelum masuk meeting dengan Majlis Ekuin Malaysia bersama wartawan.Kami meeting secara santai dulu diluar sebelum masuk meeting secara formal dengan Wartawan berkaitan beberapa perkara tentang AHS.Sempat meeting sekejap dengan Yang Amat Mulia Tengku Syarif Temenggong Perlis Dato' Seri Diraja Syed Amir Abidin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Majlis Ekuin Malaysia. Saya kepilkan beberapa perkara akan dibuat di Peringkat Negeri Kelantan dan Kursus Kemahiran di Peringkat Negeri Kelantan.

Kertas Kerja saya telah hantar kepada pihak Majlis Ekuin Malaysia.Insya Allah semoga dapat respond positif daripada pihak Majlis Ekuin Malaysia bagi melaksanakan Kursus pada 2021.Terima Kasih Yang Amat Mulia Tengku Syarif Temenggong Perlis Dato' Seri Diraja Syed Amir Abidin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Majlis Ekuin Malaysia sudi memberi sokongan untuk Negeri Kelantan.

Insya Allah apa yang dinasihati tengku,saya cuba selaraskan bersama dan saya mengharapkan pihak Majlis Ekuin Malaysia selaraskan ataupun maklumkan kepada kami dahulu di Peringkat Negeri Kelantan bagi memudahkan kami selaraskan struktur kepimpinan dalam sesuatu program untuk manfaat semua. 

#SukanBerkudaNegeriKelantan 

#PersatuanEkuestrianNegeriKelantan(Baru)

POTRET KENANGAN 2018 DAN 2020


Sekejap sahaja masa berlalu..

Apabila saya diberi tanggungjawab untuk menggalaskan sebagai Pengerusi Peringkat Negeri Kelantan.Saya terus kayuhan rebuilding balik struktur Persatuan Sukan Berkuda untuk Peringkat Negeri Kelantan.

Ingin menjalankan tugas dan tanggungjawab ini bukan semudah kata dibibir.Hasrat dan hajat untuk pembangunan Sukan Berkuda berada di bahu setiap aktivitis Sukan Berkuda.Sukan Berkuda adalah sukan "SUNNAH" tetapi kita harus perkasakan sunnah itu dalam pelbagai bidang termasuk memanah.Insya Allah saya telah kepilkan cadangan Pembangunan untuk Sukan Berkuda Negeri Kelantan kepada pihak kebangsaan.Doakan agar dipermudahkan demi kemudahan kita semua.

17 Disember 2018 Pertemuan saya kali pertama dengan pihak Persatuan Ekuestrian Malaysia.

9 Jun 2020 Pertemuan kali kedua saya dengan pihak Persatuan Ekuestrian Malaysia

Untuk pemerkasaan  ini bukan sekelip mata untuk membangunkan.Memakan masa lama untuk mencapai hasrat dan hajat yang diimpikan.Insya Allah saya akan turun ke akar umbi lagi untuk memohon akar umbi Sukan Berkuda Kelantan mewujudkan Kelab Sukan Berkuda setiap Daerah.Perkara ini bukan semudahnya untuk aktifkan tapi dengan niat yang baik Insya Allah hasilnya baik demi Sukan Berkuda Negeri Kelantan.

Doakan agar urusan dan perjuangan kita semua dipermudahkan hajat yang diimpikan.

"ZERO TO HERO"

#Kelantan #PersatuanEkuestrianNegeriKelantan(Baru) #AnakMudaKelantan #BeliaKelantan

KUNJUNGAN BERTEMU WAKIL KEPIMPINAN PERSATUAN EKUESTRIAN MALAYSIA


9 Jun 2020 :

Saya selaku Pengerusi Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) mengadakan kunjungan ke Ibu Pejabat Persatuan Ekuestrian Malaysia di Ampang untuk berbincang beberapa perkara untuk Sukan Berkuda Negeri Kelantan.Perkara-perkara yang dibincangkan seperti berikut :-

1.  Permohonan untuk bergabung dengan Persatuan Ekuestrian Malaysia
    Jawapan : Pihak peringkat Negeri Kelantan kena cukup syarat ahli Gabungan di Peringkat Negeri Kelantan.

2.  Perbincangan hala tuju pembangunan Sukan Berkuda Negeri Kelantan 2021-2024 untuk Fasa 1

     Jawapan : Pihak Persatuan Ekuestrian Malaysia memberi pandangan positif dan pihak EAM memberi peluang kepada Peringkat Negeri Kelantan untuk menjadi ahli individu di Peringkat Kebangsaan sebelum Persatuan Ekuestrian Negeri  Kelantan(Baru) menjadi ahli Gabungan sah di Peringkat Kebangsaan.

3.Saya juga berbincang untuk mewujudkan insurance perlindungan untuk penunggang kuda Seluruh Negeri Kelantan agar mereka ambil insurance ini.Saya usulkan kepada Persatuan Ekuestrian  Malaysia agar mencari syarikat yang bersesuaian dan pastikan seluruh Penunggang Kuda Seluruh Malaysia mempunyai insurance perlindungan ini termasuk Negeri Kelantan.

 Jawapan : Pihak EAM menerima cadangan ini dan akan dipertimbangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi.

4. Perbincangan untuk acara Ekuestrian SUKMA 2024 di Kelantan

Jawapan : Pihak Persatuan Ekuestrian Malaysia respond positif terhadap hasrat Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) ingin adakan acara Ekuestrian di Temasya Sukan Malaysia 2024 bakal diadakan di Negeri Kelantan Che Siti Wan Kembang.Nasihat Persatuan Ekuestrian Malaysia untuk Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) agar pastikan di Kelantan mempunyai Kelab Berkuda yang berdafyar secara SAH dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia bagi memantapkan dan rebuilding balik  Industri Sukan Berkuda dalam Persatuan dan berada dibawah satu bumbung di peringkat Negeri bagi membantu Persatuan Ekuestrian Malaysia untuk peringkat Tertinggi.

PENKB : Untuk makluman EAM,di Peringkat Negeri Kelantan hanya 2 Kelab Sahaja yang berdaftar secara SAH dibawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia iaitu :

1. Kelab Ekuestrian ZAP(Zahra)
2. Kelab K4

Insya Allah pengurusan Peringkat Negeri Kelantan akan giat turun bagi penerangan agar Kelab diwujudkan di setiap daerah secara sah dibawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia.Peranan Berpersatuan atau Kelab untuk selaraskan program2 dan lain2..Apa yang penting laporan aktiviti MYKB perlu dihantar sentiasa setiap tahun kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Saya mengharapkan agar suatu hari nanti Industri Sukan Berkuda Negeri Kelantan mempunyai sinar kejayaan dan fasiliti yang cukup untuk kemudahan dan kegunaan semua.Terima Kasih Dato' Mejar(R) Yap Mou Soon selaku Setiausaha Kehormat Persatuan Ekuestrian Malaysia sudi menerima kunjungan saya ini dan memberi nasihat dan pandangan untuk Persatuan Ekuestrian Negeri Kleantan(Baru).Apa yang diberi tanggungjawab untuk saya galaskan tugas di Peringkat Negeri Kelantan saya mengharapkan pihak peringkat Kebangsaan melalui Persatuan Negeri untuk Program Sukan Berkuda di Negeri Kelantan bagi memudahkan penyelarasan Pentadbiran Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru).

Terima Kasih Persatuan Ekuestrian Malaysia dan Doakan agar urusan dan perjuangan ini dipermudahkan demi Industri Sukan Berkuda Negeri Kelantan

Solluallaik
AHMAD FARIS BIN YUSOF
Pengerusi
Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru)

JOM DAFTAR KEAHLIAN INDIVIDU PERSATUAN EKUESTRIAN MALAYSIA



Jom semua aktivis Sukan Berkuda Negeri Kelantan daftar ahli individu dibawah Persatuan Ekuestrian Malaysia(Equestrian Association Of Malaysia)..

Untuk maklumat lanjut hubungi ditalian dibawah :

EQUESTRIAN ASSOCIATION OF MALAYSIA
A12-3A,Jalan Selaman 1/1,Dataran Palma,
Jalan Ampang,68000 Selangor DarulEhsan.

Telefon : +603 4270 6847
+603 4270 2467

Fax  : +60 4270 6846

Email : masequestrian@gmail.com 

Sunday, May 24, 2020

PANTUN RAYA 2020



TAKBIR bergema terasa sayu,
Pada pagi hari yang mulia,
Raya ini sungguhlah pilu
Tanpa keluarga dan sanak saudara.
1 Syawal sudah tiba,
Diraikan dengan sungguh berbeza,
Jangan berziarah di hari raya,
Kita guna video call saja.
Lagu raya Sharifah Aini,
Nyayian indah lagi merdu,
Sungguh berbeza raya ini,
Tanpa terima kehadiran tetamu.
Sekotak mancis secawan madu,
Selautan kasih seluas rindu,
Salam lebaran ucapan buatmu,
Lepas PKP kita kan bertemu.
Gulai tempoyak ikan mayong,
Deroyan busok tebok tupai,
Pandu hemat ingat kampong,
Asal teman selamat sampai.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Makan sudah bersalam pun sudah,
Duit raya takkan dah lupa.
Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.
Menyeberang lautan melintas negeri,
Terbang jauh dari Kuala Lumpur,,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.
Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdetum detam,
Riang gembira dihari raya.
Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang teraniaya,
Makan sudah baju bergaya,
Orang fakir jangan dilupa.
Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut Hari Raya.
Buah pauh ditengah bendang,
Jadi dagangan ditengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.
Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaafkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.
Yang jauh itu Waktu,
Yang dekat itu Mati,
Yang besar itu Nafsu,
Yang berat itu Amanah,
Yang mudah itu Berbuat Dosa,
Yang panjang itu Amal Soleh,
Yang indah itu Saling Memaafkan.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Tulus Ikhlas :
Ahmad Faris Yusof

SINAR SYAWAL BNYV KELANTAN 2020







SINAR SYAWAL BNYV KELANTAN 2020
Parlimen Bachok
(Sekitar Kampung Kemudi & Kampung Kandis)

22 Mei 2020 :

Saudara Ahmad Faris Yusof selaku Setiausaha BNYV Negeri Kelantan bersama-sama Koordinator BNYV Kawasan Bachok/Pasir Puteh Saudara Qasrien mengadakan Ziarah Sinar Syawal BNYV Kelantan di Sekitar Kampung Kemudi Dan Kampung Kandis.5 Buah rumah di Kampung Kemudi yang melibatkan Umno Cawangan Padang China.Manakala 4 Buah Rumah lagi di Persisiran Pantai Kandis.Ziarah Sinar Syawal BNYV Kelantan 2020 disumbangkan oleh YB Datuk Ahmad Jazlan Bin Yaakub selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.Semoga kita terus Istiqomah dengan perjuangan Agama,Bangsa Dan Negara.

Sunday, March 15, 2020

PROGRAM ZIARAH PENGERUSI MAYC BACHOK


PROGRAM ZIARAH PENGERUSI MAYC BACHOK
Tarikh : 7 Mac 2020

Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi Mayc Kawasan Bachok turun ziarah ke rumah Saudara Kamarul Ariffin selaku Pengerusi Mayc Kawasan Selayang...Ziarah Ibundanya yang baru keluar hospital..Semoga cepat Sembuh

PERJUMPAAN WAKIL MAJLIS TERTINGGI KELAB BELIA GUNONG DAN AHLI BARU UMNO CAWANGAN PADANG CHINA


PERJUMPAAN WAKIL MAJLIS TERTINGGI KELAB BELIA GUNONG DAN AHLI BARU UMNO CAWANGAN PADANG CHINA
Tarikh  : 13 Mac 2020



Perjumpaan dengan Ahli Baru untuk Umno Cawangan Padang China..Terima Kasih kerana sudi sertai Parti Umno dan Umno Cawangan Padng China


Perjumpaan dengan Wakil Majlis Tertinggi Kelab Belia Gunong.Berbincang beberapa perkara program Kelab Belia Gunong..Terima Kasih banyak bantu faris memimpin Kelab Belia Gunong sehingga kini..Insya Allah kita tetap gerakkan Kelab Belia Gunong ini dengan perancangan yang telah diaturkan..Doakan yang terbaik

MESYUARAT UMNO CAWANGAN PADANG CHINA 2020


11 Mac 2020(Rabu)

Mesyuarat Umno Cawangan Padang China di Balai Raya Padang Rengas.Terima Kasih Kak Ziela wakil Umno Bahagian Bachok sudi turun ke Cawangan bawah kendalian saya..Saya selaku Ketua Pergerakan Pemuda Umno Cawangan Padang China terus berkhidmat dan banyak lagi kita kena susun untuk Parti Umno tercinta

MAJLIS PERKAHWINAN DR RASHDAN DAN DR FAREESHA DI KAMPUNG LAWANG JELI


14 Mac 2020

Menghadiri Majlis Perkahwinan Koordinator Barisan Nasional Youth Volunteer Negeri Kelantan Dr Rashdan dan Dr Fareesha di Kampung Lawang Jeli...Terima Kasih atas jemputan...Selamat Pengantin Baru Semoga Bahagia Ke Anak Cucu dan Till Jannah

PERBINCANGAN SANTAI UNTUK BELIA GUNONG



14 Mac 2020 

Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong merangkap Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelanta(Baru) berbincang beberapa perkara dengan YB Dato Hj Alwi Adun Kok Lanas ...YB sempat bertanyakan perkembangan semasa aktiviti Kelab Belia Gunong...Terima Kasih YB atas nasihat untuk kami orang muda...

Thursday, March 5, 2020

PROGRAM ZIARAH ASNAF KELAB BELIA GUNONG 2020



PROGRAM ZIARAH ASNAF KELAB BELIA GUNONG 2020

Tarikh  : 15 Febuari 2020(Sabtu)
Masa  : 6 Petang
Tempat : Rumah Kak Azizah Depan Smk Sri Gunong

Wakil Kelab Belia Gunong Saudara Ahmad Faris Bin Yusof  turun ziarah Kak Azizah depan Smk Sri Gunong.Terima Kasih Penyumbang yang memberi sumbangan ...Terima Kasih Pusat Internet Gunong kerana memberi sokongan kepada Kelab Belia Gunong untuk mewujudkan Tabung Kebajikan Kelab Belia Gunong di Pusat Internet Gunong...Jom sesiapa ingin menderma boleh datang ke Pusat Internet Gunong dan boleh daftar keahlian Kelab Belia Gunong.

#KelabBeliaGunong #PusatInternetGunong