Saturday, December 9, 2023

MAJLIS MAKAN MALAM JAWATANKUASA KECIL LUMBA KUDA NEGERI KELANTAN 2023







08 DISEMBER 2023 | 9.00 MALAM | MAJLIS MAKAN MALAM JAWATANKUASA KECIL LUMBA KUDA NEGERI KELANTAN 2023 | AZ BANQUET HALL
Saya hadir Majlis Makan Malam Jawatankuasa Kecil Lumba Kuda Negeri Kelantan Penutup tahun 2023 di AZ Banquet Hall.
Tahniah dan Terima kasih Jawatankuasa Lumba Kuda Negeri Kelantan kerana berjaya melaksanakan Majlis Makan Malam 2023.
Tahniah semua yang terlibat dibawah Biro Lumba Kuda Negeri Kelantan.Turun bersama saya Encik Azis bin Mamat selaku Timbalan Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru),Encik Mohd Zurimiy Bin Salleh selaku Naib Presiden 1 Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru),Encik Hafidzi Bin Ahmad Bunian selaku Naib Presiden 2 Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru),Encik Mohd Faris Bin Fauzi selaku Naib Presiden 3 Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru),Cik Nur Nabihah Asyikin Binti Pauzi selaku Setiausaha Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru),Encik Mohd Yazid bin Mohd Nor selaku Bendahari Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) dan Puan Noor Ainiatun Binti Mohd Anuar.

Manakala EXCO Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) yang hadir diwakili oleh Suhaimi bin Daud,Mohd Khairo Azaha Bin Muhammad,Mohd Shahrul Nizam bin Ismail,Mohd Shafri Bin Ab Wahab,Wan Helmi Akhtar Bin Mohammad Rani dan Wan Mohd Azizul Bin Wan Hamat.
Terima kasih Encik Amran Bin Ibrahim selaku Timbalan Pengerusi Biro Lumba Kuda Negeri Kelantan juga turun hadir bersama.Terima kasih yang mana hadir.
Semoga dipermudahkan urusan kita semua bagi tahun 2024.
"Keluarga Lumba Kuda Negeri Kelantan"


 

ZIARAH ASNAF DAIF DI KAMPUNG TELUK KEMUNTING DUN TAWANG 2023





08 DISEMBER 2023 | 6.00 PETANG | N20 DUN TAWANG | TELUK KEMUNTING
Saya turun ziarah ibu saudara kepada Zulfaizi selaku Ahli MAYC Kawasan Bachok yang keluar akhbar berkenaan dengan runtuhan separuh rumahnya.
Namanya Puan Suriani Binti Nasir mempunyai 4 orang anak.Beliau menginap di tanah ibunya. Saya turun menyalurkan sumbangan bakul makanan melalui platform MAYC Kawasan Bachok.
Anda yang ingin menyalurkan sumbangan kepadanya boleh salurkan ke no akaun seperti berikut :
2006631000309540-Agrobank (Suriani Binti Nasir) ditalian 01155012420.
Saya mendoakan agar 4 orang anak-anaknya dapat BERJAYA di dunia dan akhirat.Insya Allah.


 

PENYAMPAIAN SUMBANGAN PROGRAM SELAUT KASIH SEGUNUNG SAYANG 2023


07 DISEMBER 2023 I N22 DUN JELAWAT I Kelab Belia Gunong

Mewakili Kelab Belia Gunong menyampaikan sumbangan untuk Program Selaut Kasih Segunung Sayang bakal diadakan pada 10 Disember 2023.Sumbangan diserahkan kepada Saudari Ummu selaku Pengarah Program Selaut Kasih Segunung Sayang.

Semoga program berjalan dengan lancar.

#AFY #KitaGalasBersama #KelabBeliaGunong #MAYCKawasanBachok #N22DunJelawat

 

Tuesday, December 5, 2023

ZIARAH KOMUNITI EKUIN NEGERI KELANTAN BAGI BULAN DISEMBER 2023




05 DISEMBER 2023 | N21 DUN PANTAI IRAMA | 9.00 MALAM
Ziarah Encik Mohd Faris bin Fauzi selaku Naib Presiden 3 Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) di Batu 19 Kampung Badak.
Malam ni saya sebagai cucunda Allahyarham Cikgu Muhamed bin Haji Omar dapat jumpa gambar 1974 yang disimpan oleh ibunda Naib Presiden saya.Arwah Tok Ayah merupakan Mantan Guru Besar SK Badak yang keempat.
Bulan 12 tahun 1999 Allahyarham Tok Ayah menghembus nafas.Ketika itu saya berumur 3 tahun.
Semoga Allahyarham Tok Ayah saya dirahmati dan dilindungi oleh Allah S.W.T. di alam barzakh sana.
Al-Fatihah Tok Ayah.


 

ZIARAH KOMUNITI EKUIN NEGERI KELANTAN BAGI BULAN DISEMBER 2023


05 DISEMBER 2023 | 5.30 PETANG | N20 DUN TAWANG

Ziarah Encik Azis Bin Mamat selaku Timbalan Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru).

Bincang beberapa perkara perkembangan Sukan Lumba Kuda Negeri Kelantan.

Harapan saya agar keharmonian dan kesejahteraan sentiasa kekal.Insya Allah Sukan Berkuda di Negeri Kelantan sentiasa aktif dengan semangat kita galas bersama.

#AFY #KitaGalasBersama #KeluargaSukanBerkudaNegeriKelantan

 

ZIARAH KETUA UMNO CAWANGAN PANTAI MERABANG


02 DISEMBER 2023 | N21 Dun Pantai Irama | PANTAI MERABANG

Usai di tempat lumba kuda.Saya singgah di Rumah Abe Din selaku Ketua UMNO Cawangan Pantai Merabang.

Saya bagitau Abe Din,,tadi saya tengok Abe Din duk di halaman rumah time saya sampai di tempat race kuda Pantai Merabang.Jadi saya singgah sekejap ziarah Abe Din.

Alhamdulillah dapat temu mata dengan Ketua UMNO Cawangan Pantai Merabang.

#ZiarahKetuaUMNOCawanganDunPantaiIrama #N21DunPantaiIrama #UMNOCawanganPantaiMerabang 

 

LONGGOK SUKAN BERKUDA 2023








02 DISEMBER 2023 | N21 DUN PANTAI IRAMA | PANTAI MERABANG | LONGGOK SUKAN BERKUDA 2023
Petang tadi saya turun padang ke Pantai Merabang bagi sokongan untuk penganjur yang merupakan anak muda/belia.Mereka menganjurkan secara bersama demi menjayakan Longgok Sukan Berkuda di Pantai Merabang.
Tahniah Alang Stable atas penganjuran.Terima kasih semua urusetia yang terlibat.Saya mewakili Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) amat mengalukan lebih ramai lagi individu atau korporat yang ingin memberi sokongan demi memperkasakan lagi Sukan Berkuda di Negeri Kelantan.
Encik Amran selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Lumba Kuda Negeri Kelatan dan Encik Shahrul selaku EXCO Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) mengiringi saya dalam sesi penyampaian hadiah.


 

ZIARAH KOMUNITI BELIA


1 DISEMBER 2023 | ZIARAH KOMUNITI BELIA | PDM PAUH LIMA | N22 DUN JELAWAT
Usai Solat Jumaat di Masjid Mukim Tepus.Saya turun mengadakan sesi Ziarah Komuniti Belia di Kampung Lubuk Kuin Tepus.
Kali ini saya turun di Rumah Saudara Zaki Bin Ibrahim yang mengalami gout.Beliau masih diusia belia.
Sempat menyampaikan sedikit suntikan semangat melalui Kelab Belia Gunong sebagai "Amalan Hari Jumaat".
Semoga cepat sembuh.