Tuesday, December 14, 2021

ATLET BELIA EKUIN KELANTAN AKAN DISERAPKAN DALAM PROJEK ROAD TO SUKMA KELANTAN



"ATLET BELIA EKUIN KELANTAN AKAN DISERAPKAN DALAM PROJEK ROAD TO SUKMA KELANTAN"
BACHOK,4 November 2021 - Atlet belia ekuin Kelantan akan diserapkan dalam projek road to Sukma Kelantan.
Saudara Ahmad Faris Yusof selaku Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) merangkap Pengerusi MAYC Kawasan Bachok berkata,projek ini akan bermula apabila atlet tersebut melepasi pemilihan atlet belia Ekuin Kelantan.
Beliau juga mensasarkan pingat untuk acara Ekuestrian dan sedang berusaha agar acara Ekuestrian dipertandingkan dalam Temasya Berprestij di Negara kita iaitu SUKMA.
Beliau juga mengharapkan pihak kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan dapat memberi sokongan permohonan pihaknya bagi membina venue Ekuestrian kekal di Kelantan.Beliau hadir dalam Mesyuarat Teknikal Jawatankuasa Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) Bil.2/2021 di Sudara Beach Resort & Spa.Mesyuarat dihadiri oleh Azis selaku Timbalan Presiden,Yazid selaku Bendahari,Naib Presiden 1 (Zurimy),Naib Presiden 3(Ali Syariati),Nurul Syazwani(Setiausaha)dan beberapa orang EXCO Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) yang hadir.
Insya Allah di kawasan Bachok beliau akan gabungkan 2 NGO iaitu Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan bersama MAYC Kawasan Bachok sebagai rakan strategik di Daerah Bachok bagi menjayakan hasrat melahirkan atlet belia ekuin Kelantan amnya daripada Daerah Bachok.
Kepada anda yang berminat untuk daftar ahli MAYC Kawasan Bachok,jom daftar sekarang.
Berminat untuk sertai MAYC Kawasan Bachok boleh tekan link dibawah :-
Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok untuk memperkasakan lagi program-program dibawah MAYC Kawasan Bachok boleh salurkan di akaun Bank Simpanan Nasional dibawah penama MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(Bank Simpanan Nasional-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.
Rujukan :-



 

No comments:

Post a Comment