Tuesday, January 16, 2024

KENANGAN ZIARAH ENCIK AZIZI LMA ARCHERY 2024


Saya pernah jejak kaki di LMA Archery Pantai Sri Tujoh.

2018 saya diberi mandat sebagai Presiden mengemudi persatuan kuda di Kelantan.Saya perlu mengambil langkah demi memperkasakan Industri Sukan Berkuda Negeri Kelantan.

Apabila saya dapat tahu di Tumpat ada wujud tempat memanah dan juga aktif sertai memanah berkuda.Saya turun bersama Encik Syamsul ke LMA Archery pada 29 Ogos 2019.

Cara saya,apabila diberi mandat,saya kena aturkan demi manfaat semua.Jikalau gagal tahun tersebut,saya terus berjuang agar dapat direalisasikan.Bukan untuk individu saya.Untuk semua.

11 Januari 2024 saya turun ziarah sekali lagi Tuan Azizi.Insya Allah Kelantan banyak potensi.Doakan saya agar dapat menggalaskan tanggungjawab ini dengan baik.

Ada yang mengatakan saya "Gila Kuasa" & "Lapar Populariti".Biarlah apa kata manusia kepada saya.Saya serah kepada Tuhan yang Maha Esa.

Hanya Allah sahaja dapat menilai niat kita berkhidmat di dunia.Bukan Manusia.Allah yang aturkan semuanya kehidupan kita di dunia yang berbekalkan ke akhirat.

Dunia ini kecil sahaja.Sebab apa.Dunia ni milik Allah s.w.t.Bukan milik manusia.

Apa-apa pun "Kun Fayakun".

Terima kasih Encik Azizi kerana sudi meluangkan masa kali kedua dengan saya.Insya Allah saya cuba aturkan demi Negeri Kelantan tercinta.

Anwar Ibrahim
Zahid Hamidi
Hannah Yeoh

#AFY #DuniaMilikAllah #KitaGalasBersama #KitaCaraKita #KitaJagaKita

 

No comments:

Post a Comment