Monday, January 1, 2024

ZIARAH KOMUNITI KELUARGA EKUIN NEGERI KELANTAN




23 DISEMBER 2023 (Sabtu)
Waktu hujung minggu,saya ambil kesempatan untuk mengadakan Sesi Ziarah Komuniti Keluarga Ekuin Negeri Kelantan.
Kali ini saya turun Ziarah Haji Adnan merupakan Veteran Ekuin Negeri Kelantan di Pasir Hor.Haji Adnan suatu ketika dahulu aktif menganjurkan kejohanan/aktiviti/program berkuda di Pasir Hor.
Anaknya tua setahun dengan saya pernah masuk SUKMA di Terengganu pada 2008.2008 saya masih belum aktif dalam dunia sukan berkuda hanya sekadar hobi sebelah petang sahaja.
Apabila ziarah ni,,saya tngk beliau masih bersemangat bercerita semasa beliau aktif dunia sukan berkuda.Saya kagum dengan beliau.Beliau sempat menasihati saya agar terus memimpin Industri Sukan Berkuda di Negeri Kelantan supaya dapat diperkasakan seperti Negeri Terengganu.
Beberapa nasihat beliau disampaikan untuk saya.Ini pentingnya veteran sebagai penasihat untuk orang muda/pemimpin muda.Saya juga sempat menyampaikan sedikit sumbangan mewakili keluarga Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru).
Saya doakan Haji Adnan Pasir Hor kembali bersama kami dalam dunia Sukan Berkuda di Negeri Kelantan.
Insya Allah.


 

No comments:

Post a Comment