Monday, January 1, 2024

SESI TABLE TALK BERSAMA CIKGU SURIANA MERUPAKAN AJK MALAYSIA HORSEBACK ARCHERY FEDERATION-MHAF


Sesi Table Talk
Alhamdulillah dapat bertemu dengan Cikgu Suriana merupakan AJK Malaysia Horseback Archery Federation - MHAF yang memegang portfolio Biro Wanita MHAF.
Berat tanggungjawab saya galas tugas sebagai Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru).Sebagai Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru),saya tidak boleh buat satu acara sahaja.Acara berkuda ni banyak jenis hurm.
Alhamdulillah 2023 Allah s.w.t. telah bagi kudrat kepada saya laksanakan beberapa kejohanan/aktiviti/program seperti berikut :
2- Lumba Kuda
3- Kejohanan Kuda Lasak di Kuala Pertang
4- Majlis Makan Malam Biro Lumba Kuda Kelantan
5- Joyride
Saya tidak mampu melaksanakan perkara diatas keseorangan.Terima kasih beberapa golongan penggerak yang banyak membantu dibelakang saya.Tahun 2023 ini Allah belum makbulkan saya melaksanakan kejohanan/aktiviti/program seperti berikut :
1- Kursus Asas Farrier
2- Pertandingan Kuda Cantik
3- Memanah Berkuda
Ini merupakan satu cabaran dan tanggungjawab yang saya perlu galas demi Negeri Kelantan tercinta.Acara yang belum diperkasakan di Negeri Kelantan :
1- Tent Pagging
2- Barrel Race
3- Jumping
4- Drassage
Saya tidak mampu buat seorang.Saya masih ingat pesanan Dato Zaiton mantan Pendaftar Pesuruhjaya Sukan Malaysia.Saya menyatakan kepada beliau,Dato bantulah saya,saya nak Industri Sukan Berkuda di Negeri Kelantan aktif.Ini sukan sunnah.
Kelantan berpotensi kedepan.Cuma darisegi kemudahan fasiliti di Negeri Kelantan masih belum ada.Beberapa perkara perlu seat down bersama Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan.Selain daripada sokongan pihak kerajaan,komuniti peringkat akar umbi ekuin perlu bersatu memajukan setiap daerah yang mereka tinggal.
Insya Allah dalam masa terdekat saya cuba ikhtiar aturkan pertemuan dengan pihak Kerajaan Negeri Kelantan yang menguruskan portfolio berkaitan Industri Sukan Berkuda.
2024 merupakan Tahun Melawat Kelantan.2024 merupakan tahun saya cuba mengakhiri zaman bujang saya.Insya Allah selagi saya diberi mandat,saya cuba ikhtiar dan agih masa saya dengan mandat diberi.
Terima kasih Cikgu Suriana anak jati Parlimen Ketereh sudi seat down secara table talk.Beliau pernah ke Korea pada tahun 2019.Beliau juga pernah menganjurkan Kejohanan Memanah Berkuda untuk wanita.
Insya Allah 2024 ini kita cuba ikhtiar demi Negeri Kelantan Che Siti Wan Kembang.Saya tak mampu buat keseorangan.Tanpa sokongan kalian semua,saya tak mampu berada di seat Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru).
Insya Allah saya percaya KBSMalaysia dan beberapa kementerian termasuklah Kerajaan Negeri Kelantan sedia memberi sokongan demi pembangunan sukan berkuda Negeri Kelantan dan kemasukan pelaburan di Kelantan.
Kita fikir,kita rancang,kita buat sampai jadi.Tak jadi tahun 2024.Kita fight 2025.Kita rancang,hanya Allah tentukan pelaksanaannya.


 

No comments:

Post a Comment