Monday, November 27, 2023

PERARAKAN BERKUDA SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2023M/1445H PONDOK-PONDOK NEGERI KELANTAN


23 September 2023 | 12.30 Tengahari | Kompleks Guru-Guru Pondok,Cherang Tuli,Padang Pak Amat | N30 Dun Limbongan

Hari ni saya meruangkan masa sekejap ke Kompleks Guru-Guru Pondok,Cherang Tuli Padang Pak Amat dalam lokalti N30 Dun Limbongan untuk bertemu dengan penggiat sukan berkuda Negeri Kelantan yang hadir menyertai perarakan berkuda sempena Sambutan Maulidur Rasul 2023M/1445H Pondok-Pondok Negeri Kelantan.

Tahniah Saudara Wan Noor Samat selaku Pemangku Pengerusi Ekuin Daerah Pasir Puteh yang dipertanggungjawabkan oleh pihak penganjur menguruskan perarakan berkuda kali ini.Sempat juga bertemu dengan Saudara Hafiz Aflah Stable.Saya anggarkan penyertaan kuda dibawah 80 ekor kuda sahaja.

Tahniah dan Terima kasih kepada semua keluarga Ekuin Negeri Kelantan yang hadir menyertai Perarakan Berkuda di Kampung Cherang Tuli Pasir Puteh pagi tadi.

Terima kasih Persatuan Guru-Guru Pondok Negeri Kelantan atas jemputan untuk Keluarga Ekuin Negeri Kelantan.

"Pondok-Pondok Kelantan Berselawat"

#PersatuanEkuestrianNegeriKelantan(Baru) #PENKB #EkuinDaerahPasirPuteh #NegeriCheSitiWanKumbang #TokJanggut 

 

No comments:

Post a Comment