Monday, November 27, 2023

BERTEMU WAKIL SYARIKAT KLK DI PASIR GAJAH KUALA KRAI


10 Oktober 2023 | 6.00 Petang | Ladang Sawit Pasir Gajah
Saya dapat tamparan hebat daripada penyokong PAS dalam sukan berkuda untuk membuktikan kemampuan saya untuk menganjurkan Kejohanan Kuda Lasak Peringkat Negeri Kelantan 2023.
Tamparan hebat ni membuatkan saya mahu kedepan lagi.Malahan membuatkan saya terus berkhidmat untuk rakyat.
Begitu susahnya "RAKYAT" nak melaksanakan "Kejohanan Sukan Berkuda" di Negeri Kelantan. Patik mengharapkan Istana Kelantan dapat temukan patik dengan tuanku Sultan Kelantan atau Tengku Mahkota Kelantan untuk patik bentang semua laporan terkini Sukan Berkuda Negeri Kelantan.
Petang semalam saya ke Ladang Pasir Gajah melesaikan persetujuan antara Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) bersama Syarikat KLK yang pajak ladang sawit di Pasir Gajah,Kuala Pertang dan sewaktu dengannya.
Doakan saya dan seluruh man power dibawah Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) kekal bersama memperkasakan Sukan Berkuda Negeri Kelantan.Kami bukan mahukan wang untuk kami.Kami mahukan ada event sukan berkuda di Negeri Kelantan.
Kelantan perlukan pemimpin yang berkhidmat.Bukan sahaja pemimpin bagi anugerah je.Khidmat dan laksana kepada "Rakyat" tu penting.
Solluallaik
Ahmad Faris Bin Yusof
Presiden


 

No comments:

Post a Comment