Monday, November 27, 2023

MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL LUMBA KUDA NEGERI KELANTAN BIL.1/2023






24 September 2023 | 9.40 Malam | Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Lumba Kuda Negeri Kelantan | N20 Dun Tawang | Kampung Wakaf Aik
Alhamdulillah semalam saya hadir di Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Lumba Kuda Negeri Kelantan di Wakaf Aik Stable kepunyaan Encik Khairo merupakan Exco Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru).Beberapa post mortem untuk JK Lumba Kuda Negeri Kelantan dibuat.
Dalam masa terdekat komuniti Lumba Kuda Negeri Kelantan bakal menganjurkan Kejohanan Sprintest Pantai Merabang pada 7 Oktober 2023.
Selain itu beberapa isu yang diutarakan kepada saya :
1. Jalan masuk ke Pantai Kemasin berdekatan dengan JHJ Arabian Stable. ( Mohon kekanda saya YB Mohd Huzaimy Che Husin selaku ADUN Pantai Irama bawa ke dlm mesyuarat pembangunan jajahan perkara ini)
2. Permohonan Tanah Kekal Sukan Berkuda Negeri Kelantan (Insya Allah perkara ini akan dimaklumkan dalam pertemuan bersama YAB Dato Mohd Nassuruddin Haji Daud selaku Menteri Besar Negeri Kelantan).
Beberapa pesanan saya untuk komuniti Lumba Kuda Negeri Kelantan sebelum mesyuarat bersurai demi kemajuan sukan berkuda di Negeri Kelantan.Saya berpesan agar "Bermainlah Secara Sihat,Kita Nak Sukan Berkuda ni kekal ada sentiasa di Kelantan,Saya tak mau terjadi macam sukan yang telah digantung,Jangan setitik nila yang jatuh,semua yang akan kena".
Insya Allah suara yang dimaklumkan dalam mesyuarat semalam akan dimaklumkan kepada YB Abe Zam selaku Pengerusi Jawatankuasa Belia,Sukan,NGO dan Perpaduan Kerajaan Negeri Kelantan.
"Bersatu dan Bekerjasamalah kita demi memajukan Industri Ekuin di Negeri Kelantan".
Terima kasih Encik Khairo dan Encik Suhaimi atas jamuan ringan disediakan semalam.Semoga terus dimurahi rezeki berlimpah ruah.
Hanya Allah sahaja dapat memberi ganjaran untuk kita semua demi memperkasakan sukan berkuda di Negeri Kelantan.
Terima kasih Jawatankuasa Kecil Lumba Kuda Negeri Kelantan yang hadir mesyuarat semalam dan jemputan untuk saya.
Terima kasih En Azis bin Mamat selaku Timbalan Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru),Encik Zurimy selaku Naib Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) dan beberapa orang lagi EXCO Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) termasuklah Pemangku Ekuin Kawasan Pengkalan Chepa (Jue Jean).


 

No comments:

Post a Comment