Tuesday, November 28, 2023

KUNJUNGAN KE INSTITUT PENYELIDIKAN DAN PENGURUSAN KEMISKINAN - INSPEK UMK









"Menoktahkan Kemiskinan di Malaysia"
Alhamdulillah pagi tadi saya menyertai rombongan Yayasan Basmi Kemiskinan ke Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan - INSPEK, UMK - LAMAN RASMI. Yayasan Basmi Kemiskinan merupakan rakan strategik MAYC Kawasan Bachok bagi melaksanakan program CSR Kebajikan bersama masyarakat di sekitar Daerah Bachok mengikut perancangan yang telah diaturkan.
Apabila sertai perbincangan demi "Menoktahkan Kemiskinan di Malaysia".Saya kagum dengan pencapaian Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan - INSPEK, UMK - LAMAN RASMI.
Terima kasih Encik Sherhan Nizam Abdul Aziz selaku Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan atas pelawaan kepada saya untuk sertai rombongan kali ini.Terima kasih sudi datang ke Bachok.
Delegasi yang menyertai rombongan perbincangan kali ini disertai oleh Encik Muhamad Hanapi Jamaludin, Presiden Benevolent Malaysia dan Encik Mohd Shahril Mazuki,Pengerusi Gerakan Belia 4B Negeri Terengganu.
Kehadiran rombongan disambut oleh Prof. Dr Wan Amir Zal, Pengarah INSPEK bersama kakitangan akademik dan pentadbiran INSPEK.
Terima kasih dan Tahniah Dr. Tengku Fauzan yang merupakan anak jati Dun Jelawat banyak bagi penerangan info yang dilaksanakan oleh pihak Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan - INSPEK, UMK - LAMAN RASMI.
Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa disambut setiap tahun pada 17 Oktober di seluruh dunia serta diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).Insya Allah mulai 2024 saya cuba masukkan dalam kalendar aktiviti tahunan saya melalui MAYC Kawasan Bachok untuk dilaksanakan di Daerah Bachok.
#AFY #KitaGalasBersama #YayasanBasmiKemiskinan #MAYCKawasanBachok #UMK #BenevolentMalaysia


 

No comments:

Post a Comment