Wednesday, November 29, 2023

KARNIVAL SUKAN BERKUDA PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2023

















































18 November 2023 | Karnival Sukan Berkuda Peringkat Negeri Kelantan 2023 | Persisiran Pantai Merabang | N21 Dun Pantai Irama
Saya turun di Pantai Merabang sempena Karnival Sukan Berkuda Peringkat Negeri Kelantan 2023 bersama kesayangan saya.Alhamdulillah penyertaan 107 ekor kuda.
Terima kasih Encik Zulkarnean Bin Isa selaku Ketua Penolong Ketua Jajahan Bachok (Pembangunan) mewakili Ketua Jajahan Bachok dan Puan Azma Binti Yahya selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok ( Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok ) mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan turun menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Terima kasih Encik Mohd Zurimiy Bin Salleh selaku Naib Presiden 1 Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) juga turun bersama sesi penyampaian hadiah.Terima kasih Cik Nur Nabihah Asyikin Binti Pauzi selaku Setiausaha Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) dan semua Urusetia Jawatankuasa Lumba Kuda Negeri Kelantan yang terlibat demi menjayakan program kali ini.
Terima kasih KBSMalaysia dan YB Hannah Yeoh atas sokongan diberikan untuk Sukan Berkuda di Negeri Kelantan.Tahniah dan terima kasih semua komuniti Sukan Berkuda Negeri Kelantan yang turun bagi sokongan demi menjayakan kejohanan.

 

No comments:

Post a Comment