Monday, November 27, 2023

MESYUARAT HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH BACHOK 2023



10.00 Pagi | Bilik Mesyuarat Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok | Mesyuarat Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Bachok 2023 bersama Agensi | 9 Oktober 2023 | N21 Dun Pantai Irama
Saya hadir di Mesyuarat Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Bachok 2023 bersama Agensi.Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok.Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Zulkarnain selaku ADO Pembangunan Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok.
Saya mengharapkan 3 ADUN menggerakkan setiap penghulu untuk aktifkan anak-anak mukim bersukan dan hadir HSN Bachok 2023.
Turun bersama saya wakil Delegasi MAYC Kawasan Bachok Cik Suriani Ramle selaku Penolong Setiausaha MAYC Kawasan Bachok.
Delegasi Majlis Belia Jajahan Bachok diwakili oleh Ustaz Hafeez selaku YDP Majlis Belia Jajahan Bachok dan Puan Suryani Razali selaku Setiausaha Majlis Belia Jajahan Bachok.
Terima kasih Puan Azma selaku Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok dan seluruh pengurusan pentadbiran menjemput saya dan MAYC Kawasan Bachok terlibat HSN 2023 kali ini.
Mesyuarat kali ini turut dihadiri oleh YB Ustaz Harun Ismail ADUN N20 Dun Tawang, YB Mohd Huzaimy Che Husin ADUN N21 Dun Pantai Irama dan wakil ADUN N22 Dun Jelawat.


 

No comments:

Post a Comment