Wednesday, November 29, 2023

PERARAKAN JOY RIDE OTAI KUDA KELANTAN SEMPENA KEMPEN TAHUN MELAWAT KELANTAN 2024













11 November 2023 | 10.00 Pagi | Perarakan Joy Ride Otai Kuda Kelantan Sempena Kempen Tahun Melawat Kelantan 2024 | N21 Dun Pantai Irama | Pantai Kemasin,Bachok
Saya turun di Pantai Merabang untuk melakukan pelepasan Perarakan Joy Ride Otai Kuda Kelantan Sempena Kempen Tahun Melawat Kelantan 2024.Saya anggarkan penyertaan kuda kali ini 60 ekor kuda sahaja.
Tahniah dan terima kasih penganjur KETC Stable atas penganjuran.Terima kasih FLR Global Venture,Master Empire Stable,D'Bustan Stable,Icarus Stable dan JHJ Arabian Stable atas kerjasama sokongan diberikan demi menjayakan perarakan kali ini.
Terima Kasih YB Datuk Kamarudin Md Nor selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,Kebudayaan,Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan atas sokongan diberikan demi memperkasakan lagi aktiviti/program sukan berkuda di Negeri Kelantan.
Kali ini penggiat kuda daripada Paka(Pahang) dan Kuala Lumpur turun hadir bersama.Terima kasih kepada semua yang turun menjayakan perarakan kali ini.Kita jumpa 2024 pulak ya.Insya Allah.


 

No comments:

Post a Comment