Monday, November 27, 2023

MESYUARAT GERAK KERJA KEJOHANAN KUDA LASAK PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2023 DI KUALA PERTANG BIL.1/2023




22.9.2023 | 11.20 Pagi | Kampung Telekong Kuala Krai | N39 Dun Mengkebang
Apabila selesai program di N21 Dun Pantai Irama dalam kawasan saya sendiri.Saya terus ke N39 Dun Mengkebang untuk selesai urusan Kejohanan Kuda Lasak Peringkat Negeri Kelantan sempena Hari Sukan Negara pada 14 Oktober 2023.
Pagi tadi beberapa perbincangan Trek Kuda Lasak di Kg Telekong Kuala Krai dan perbincangan gerak kerja sebelum kejohanan akan diadakan.Insya Allah Mesyuarat Gerak Kerja diadakan dalam masa terdekat bagi permudahkan gerak kerja kejohanan.
Terima kasih sahabat saya Tuan Adib Attamimi Presiden Ikhwan Stud Farm (RPU),Tuan Hamdi dan adinda-adinda dalam Ikhwan Equestrian Stable.
Terima kasih Cikgu Yong Fariza,En Nizam Ismail,En Faris Fauzi,Nazarul Naim,En Wan Tarmizi Machang,TokWan Kuala Pertang,Din Khail dan beberapa orang belia Kampung Telekong yang hadir turun check trek.
Insya Allah aktiviti pembersihan dan pemasangan arrow/logistik bakal digerakkan seminggu sebelum kejohanan yang bakal diadakan pada 14 Oktober 2023.
Terima kasih YB Hannah Yeoh selaku Menteri Belia dan Sukan KBSMalaysia atas sokongan untuk permulaan.Doakan saya dan sahabat-sahabat saya dapat memikul tanggungjawab demi memperkasakan Sukan Ekuestrian di Negeri Kelantan.
Terima kasih juga YB Abdul Latiff Abdul Rahman selaku Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Ustaz Hj Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,Komoditi Kerajan Negeri Kelantan dan YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat.
Insya Allah beberapa rakan strategik bakal bersama menjayakan kejohanan ini.Kejohanan ini yang menelan kos keselurahan dianggarkan sebanyak RM21,000 ini merupakan kejohanan kali kedua bakal dianjurkan oleh Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru).
Stay Tuned untuk perkembangan seterusnya menjelang 14.10.2023.Insya Allah Jualan Baju akan dibuka sebelum tarikh kejohanan.Nanti mohon semua bagi sokongan ya untuk pembelian baju Kejohanan Kuda Lasak Peringkat Negeri Kelantan buat kali kedua.


 

No comments:

Post a Comment