Tuesday, November 28, 2023

KUNJUNGAN BERTEMU KETUA JAJAHAN BACHOK




1 November 2023 | 12.00 Tengahari | Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok
Pertemuan Delegasi Majlis Belia Jajahan Bachok bersama YABrs. Haji Shamsul Bin Abu Bakar selaku Ketua Jajahan Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok yang baharu.
Ustaz Abdul Hafeez selaku YDP Majlis Belia Jajahan Bachok dan saya selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok mewakili Badan Gabungan Majlis Belia Jajahan Bachok.
Beberapa perkara dicadangkan demi pemerkasaan pembangunan belia dan sukan di Daerah Bachok :
1. One Stop Centre Youth di Bachok
- Cadangan wujudkan One Stop Centre Youth dengan menggunakan kuarters dibawah Kerajaan Negeri yang tiada penghuni seperti depan IPD Bachok sambil boleh bagi ruang kepada orang muda berniaga disitu dan ruang bermesyuarat untuk Pertubuhan Belia di Daerah Bachok.
2. Mewujudkan satu sistem pengurusan tempahan atas talian fasiliti sukan dibawah PBT di Bachok seperti yang digunakan property management.Sebagai contoh JaGaApps dan lain-lain.
Terima kasih Ustaz Abdul Hafeez selaku YDP Majlis Belia Jajahan Bachok kerana sudi menjemput saya dibawah MAYC Kawasan Bachok untuk turun bersama dalam kunjungan kali ini dibawah Majlis Belia Jajahan Bachok.

 

No comments:

Post a Comment