Saturday, March 2, 2024

KUNJUNGAN HORMAT BERTEMU PENGERUSI JAWATANKUASA BELIA,SUKAN,NGO DAN PERPADUAN MASYARAKAT KERAJAAN NEGERI KELANTAN 2024












30 JANUARI 2024 | KOTA DARULNAIM | KOTA BHARU
Saya turun mengadakan kunjungan hormat bertemu YB Zamakhshari Muhamad Official selaku Pengerusi Jawatankuasa Belia,Sukan,NGO dan Perpaduan Masyarakat Kerajaan Negeri Kelantan bagi bincang beberapa perkara untuk Industri Sukan Ekuin di Negeri Kelantan.
Saya selaku Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) perlu bawa suara akar umbi komuniti.Beberapa perkara dibincangkan sepertimana berikut :
1. Tapak Kekal Sukan Berkuda Negeri Kelantan (Masih tiada jawapan yang kukuh).
2. Insentif untuk atlet podium ekuin Negeri Kelantan yang sertai SUKMA,Sukan Sea dan lain-lain dibawah Kerajaan Negeri Kelantan.
Jawapan : Majlis Sukan Negeri Kelantan menyediakan insentif tersebut.
3. Penyelarasan pemegang taruh ekuin di Negeri Kelantan.
4. Pemerkasaan kejohanan/aktiviti yang melibatkan sukan berkuda di Negeri Kelantan.
5. Komitmen Kelantan untuk adakan acara kuda lasak di temasya SUKMA 2028.
6. Pemerkasaan Ahli Bersekutu(Kelab Sukan Berkuda) dan pengwujudan Persatuan Ekuin di setiap daerah seluruh Kelantan.
7. Memperkasakan Sukan Memanah Berkuda di Negeri Kelantan.
8. Memperkasakan Sukan Kuda Lasak di Negeri Kelantan.
Delegasi yang turun bersama saya kali ini sepertimana berikut :
1. Cik Nur Nabihah Asyikin Binti Pauzi (Setiausaha)
2. Encik Mohammad Sharul Iman Bin Saebon (AJK)
3. Puan Dareena Binti Ishak (AJK)
4. Tuan Azizi (AJK)
5. Ammar (AJK Biro Memanah Berkuda)
6. Encik Mohd Yusran (AJK Biro Kuda Lasak Kelantan)
Terima kasih YB Zamakhshari Muhamad Official kerana menerima kunjungan pihak saya dibawah kendalian Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru).
Insya Allah kita galas bersama sukan rakyat kelantan minati ini demi Negeri Kelantan yang kita cintai.


 

No comments:

Post a Comment