Saturday, March 2, 2024

KEJOHANAN SUKAN BERKUDA NEGERI KELANTAN PEMBUKA TAHUN 2024











































20 JANUARI 2024 | 6.00 PETANG | N05 DUN KIJANG | P20 PARLIMEN PENGKALAN CHEPA
Saya turun di Kampung Binjai Baru Dun Kijang Parlimen Pengkalan Chepa untuk menyampaikan hadiah dan piala kepada pemenang Kejohanan Sukan Berkuda Pembuka Tahun 2024.
Alhamdulillah kali ini saya rasa terharu atas kerjasama komuniti berkuda kelantan untuk menjayakan kejohanan pembuka tahun 2024 ini.Saya ucapkan tahniah kepada semua pemenang.
Terima kasih kepada semua urusetia yang terlibat menjayakan kejohanan kali ini.Terima kasih kepada semua penaja-penaja piala yang sudi bagi sokongan demi menjayakan kejohanan kali ini.
Mengiringi saya dalam sesi penyampaian hadiah/piala diiringi oleh Encik Amran bin Ibrahim selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Lumba Kuda Negeri Kelantan,Puan Noor Ainiatun Binti Mohd Anuar selaku Setiausaha Jawatankuasa Kecil Lumba Kuda Negeri Kelantan dan Mohd Shahrul Nizam Bin Ismail selaku EXCO Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru).
Terima kasih Encik Mohd Yazid bin Mohd Nor selaku Bendahari Jawatankuasa Kecil Lumba Kuda Negeri Kelantan sebagai tulang belakang kejohanan.Terima kasih Mohammad Sharul Iman Bin Saebon selaku EXCO Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru).


 

No comments:

Post a Comment