Wednesday, August 28, 2024

RACE LONGGOK TREK LACOR 10 OGOS 2024

































10 OGOS 2024 | TREK LACOR KAMPUNG BINJAI BARU | DUN KIJANG | PARLIMEN PENGKALAN CHEPA
Saya turun ke Trek Lacor untuk bersama Keluarga Sukan Lumba Kuda Negeri Kelantan.Kali ini saya mengambil keputusan untuk berada di garisan permulaan lumba kuda untuk melihat sendiri keadaan yang berlaku di department starting race bermula dengan acara Pony C sehinggalah Exrace (Bimo).
Kali ini penyertaan seramai 91 ekor kuda.Alhamdulillah kali ni berjalan dengan lancar.Alhamdulillah saya kagum dengan keluarga sukan lumba kuda Negeri Kelantan.Ini yang saya mahukan demi memperkasakan aktiviti Lumba Kuda Negeri Kelantan secara sihat dan harmoni.
Terima kasih kepada stable-stable yang menaja Piala Open Longgok Lumba Kuda Trek Lacor pada 10 Ogos 2024.Terima kasih semua urusetia yang terlibat.Terima kasih Encik Yazid selaku Bendahari Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru),Encik Amran selaku Timbalan Pengerusi Biro Lumba Kuda Negeri Kelantan,department pengadilan dan seluruh keluarga sukan berkuda Negeri Kelantan yang turun bagi sokongan demi menjayakan acara lumba kuda.
Tahniah kepada semua pemenang.Terima kasih semua stable-stable yang turun sertai acara lumba kuda yang dianjurkan di Seluruh Negeri Kelantan.
Terima kasih semua Jawatankuasa Lumba Kuda Negeri Kelantan dan Sukarelawan yang terlibat.Insya Allah saya akan usahakan lagi menarik lebih ramai penaja untuk memperkasakan acara lumba kuda Negeri Kelantan.
Sesi penyampaian hadiah diiringi oleh Saudara Shahrul selaku EXCO Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) merangkap Pemangku Pengerusi Ekuin Daerah Tanah Merah,Abe Mijie Pok Joh (AJK Kebersihan Trek Lacor),Encik Amran selaku Timbalan Pengerusi Biro Lumba Kuda Negeri Kelantan Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru).


 

No comments:

Post a Comment