Friday, September 18, 2026

MENYAMBUT KETIBAAN BELIA & BELIAWANIS GOMBAK




🇲🇾 MENYAMBUT KETIBAAN BELIA & BELIAWANIS GOMBAK 🇲🇾

18 SEPTEMBER 2026 | KLIA2

Saya berkesempatan hadir ke KLIA2 bagi menyambut kepulangan tiga orang belia dan beliawanis dari Gombak yang baru tiba di Malaysia selepas menyertai Program Global Round 2026 – The World Scholar’s Cup di Vietnam bagi pusingan Separuh Akhir.

Kehadiran saya adalah bagi mewakili Presiden MAYC Kebangsaan untuk menyambut kepulangan serta memberikan sedikit kata-kata semangat dan nasihat kepada mereka.

Saya turut menggalakkan mereka agar terus aktif dalam kegiatan kemasyarakatan dan kepimpinan belia dengan menyertai persatuan belia yang berdekatan, antaranya MAYC, sebagai platform untuk mengembangkan bakat, membina jaringan, menimba pengalaman serta menyumbang kembali kepada masyarakat dan negara.

Tahniah atas pencapaian dan keberanian membawa nama Gombak serta Malaysia ke pentas antarabangsa. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi inspirasi untuk terus melangkah lebih jauh dan mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.

TERUSKAN MELANGKAH, TERUSKAN BERBAKTI. 🇲🇾

#MAYCKebangsaan #BeliaMalaysia #BeliaGombak #WorldScholarsCup #GlobalRound2026 #KepimpinanBelia #BeliaInspirasi


 

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN PEMUDA UMNO KE-77 TAHUN


🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN PEMUDA UMNO KE-77 TAHUN 🇲🇾

26 Ogos 1949 – 26 Ogos 2026

Dengan penuh rasa bangga dan semangat perjuangan, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Pemuda UMNO ke-77 Tahun kepada seluruh warga Pemuda UMNO di seluruh Malaysia.

77 tahun bukan sekadar angka, tetapi merupakan perjalanan panjang yang penuh dengan perjuangan, pengorbanan, kesetiaan dan khidmat bakti dalam membela kepentingan rakyat serta memperkukuhkan masa depan bangsa dan negara.

Semoga Pemuda UMNO terus menjadi barisan hadapan yang berani, berintegriti, bersatu dan berjiwa rakyat, serta sentiasa relevan dalam mendepani cabaran generasi masa kini dan akan datang.

BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT 🇲🇾

Ikhlas daripada,

AHMAD FARIS YUSOF (AFY)
Naib Presiden 4 MAYC Kebangsaan
Naib Pengerusi 1 MAYC Negeri Kelantan
Setiausaha UMNO Cawangan Padang China

#PemudaUMNO #UMNO #UlangtahunPemudaUMNO #Ke77Tahun #BersatuBersetiaBerkhidmat #AFY #AhmadFarisYusof

 

ZIARAH NAAMI STABLE TAWANG BACHOK KELANTAN


31 OGOS 2026

Alhamdulillah.
Saya berkesempatan turun ziarah Keluarga Naami Stable di Pantai Senok Bachok Kelantan.
Terima kasih Naami Stable.

 

SELAMAT BERSIDANG


🇲🇾 SELAMAT BERSIDANG 🇲🇾

Dengan penuh semangat dan rasa tanggungjawab, saya ingin mengucapkan Selamat Bersidang kepada seluruh perwakilan UMNO dari seluruh negara sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026.

📅 9 – 12 September 2026
📍 WTCKL

Semoga persidangan ini menjadi wadah untuk kita memperkukuhkan perpaduan, memperkasakan perjuangan serta terus membawa suara rakyat demi masa depan yang lebih baik.

Bersatu • Bersetia • Berkhidmat

Salam Perjuangan daripada,
AHMAD FARIS BIN YUSOF
Setiausaha UMNO Cawangan Padang China

#PerhimpunanAgungUMNO2026 #UMNO #SelamatBersidang #BersatuBersetiaBerkhidmat

 

SELAMAT BERSIDANG PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO SELURUH NEGARA


🇲🇾 SELAMAT BERSIDANG PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO SELURUH NEGARA 🇲🇾

Alhamdulillah, saya ingin mengucapkan Selamat Bersidang kepada seluruh perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO dari seluruh negara sempena Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2026.

📅 10 September 2026
📍 WTCKL

Semoga persidangan ini menjadi medan untuk memperkukuhkan perpaduan, menyatukan suara anak muda serta memperkasakan perjuangan UMNO demi masa depan bangsa, agama dan negara.

Bersatu • Bersetia • Berkhidmat 🇲🇾

Salam Perjuangan daripada,
AHMAD FARIS BIN YUSOF
Setiausaha UMNO Cawangan Padang China

#UMNO #PemudaUMNO #PerhimpunanAgungUMNO2026 #SelamatBersidang #PemudaUMNOMalaysia #BersatuBersetiaBerkhidmat

 

SELAMAT DATANG & SALAM PERJUANGAN


🇲🇾 SELAMAT DATANG & SALAM PERJUANGAN 🇲🇾

Selamat bersidang dan salam perjuangan buat seluruh Perwakilan dan Pemerhati yang hadir ke Perhimpunan Agung UMNO 2026.

📅 9 – 12 September 2026
📍 Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL)

Semoga persidangan ini berlangsung dengan penuh semangat, kesatuan dan tekad dalam memperkukuhkan perjuangan serta masa depan parti.

Selepas pulang daripada WTC KL nanti, marilah kita semua, khususnya seluruh pemegang jawatan UMNO di peringkat Bahagian, kembali bersatu dan memperkemaskan gerak kerja parti dalam menghadapi PRU16.

Sebagai seorang pemimpin, kita hendaklah sentiasa teliti, matang dan terbuka dalam menerima pandangan. Dengarlah suara akar umbi, fahami denyut nadi ahli dan rakyat, serta telitilah setiap teguran, cadangan dan pandangan yang disampaikan.

Jangan biarkan perbezaan pandangan memecah-belahkan kita. Sebaliknya, jadikan perbezaan sebagai ruang untuk memperbaiki kelemahan dan memperkukuhkan perjuangan.

PRU16 memerlukan kesatuan kepimpinan, kekuatan akar umbi dan semangat kebersamaan. Marilah kita melangkah bersama, bersatu hati dan meletakkan kepentingan parti serta rakyat sebagai keutamaan.

Selamat Bersidang & Salam Perjuangan! 🇲🇾

— Ahmad Faris Bin Yusof
Setiausaha UMNO Cawangan Padang China

Bersatu • Bersetia • Berkhidmat

#UMNO #PAU2026 #PRU16 #AkarUmbi #PerpaduanUMNO #SalamPerjuangan #BersatuBersetiaBerkhidmat

 

PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA 2026


ALHAMDULILLAH 🤲🇲🇾
Diberi kesempatan untuk hadir sebagai Pemerhati Khas sempena Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).
Satu pengalaman yang cukup bermakna untuk menyaksikan sendiri denyut nadi perjuangan, semangat dan suara anak muda dalam membincangkan masa depan parti serta negara.
Lebih istimewa, dapat kembali bertemu dan mengeratkan silaturahim bersama sahabat-sahabat Alumni Parlimen Belia Malaysia Batch 2 (Penggal 2017–2018). Walaupun masing-masing kini membawa haluan dan tanggungjawab tersendiri, persahabatan yang terjalin tetap utuh.
Dulu bersama membawa suara belia, hari ini terus melangkah membawa pengalaman dan semangat yang sama. 🇲🇾
Semoga pertemuan ini terus menjadi ruang untuk berkongsi pengalaman, membina jaringan dan memperkukuhkan ukhuwah demi masa depan generasi muda Malaysia.
Anak muda hari ini bukan sekadar pewaris, tetapi pencorak masa depan. ✊🔥


 

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2026 - HARI PERTAMA


ALHAMDULILLAH 🤲🏻🇲🇾

Perhimpunan Agung UMNO 2026 menjadi satu lagi pengalaman yang cukup bermakna apabila saya diberi kesempatan untuk hadir sebagai Pemerhati Khas di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).

Selesai beberapa pertemuan bersama rakan-rakan perniagaan, rezeki pula dipertemukan dengan sahabat dan rakan seperjuangan yang tidak disangka-sangka — Dr. Rashdan dan Syed, rakan seperjuangan ketika bersama Barisan Nasional Youth Volunteers (BNYV).

Pertemuan yang singkat, namun cukup bermakna. Begitulah indahnya sebuah persahabatan yang terbina atas landasan perjuangan.

Daripada medan perjuangan anak muda, kini masing-masing meneruskan perjalanan dalam bidang dan ruang masing-masing. Namun semangat untuk terus menyumbang kepada masyarakat, bangsa dan negara tetap menjadi titik persamaan.

Semoga silaturahim ini terus terpelihara dan setiap langkah kita dipermudahkan Allah SWT.

Bertemu kerana perjuangan, bersahabat kerana ukhuwah, dan terus melangkah demi masa hadapan. 🇲🇾🤝🏻

#PerhimpunanAgungUMNO2026
#PemerhatiKhas
#WTCKL
#BNYV
#SahabatSeperjuangan
#Silaturahim
#KenanganPerjuangan

 

PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA 2026


ALHAMDULILLAH 🤲🏻🇲🇾
Tahun 2026 menjadi satu lagi lembaran bermakna apabila saya diberi kesempatan untuk mengorbankan masa dan hadir demi perjuangan UMNO, menghadiri Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2026 di WTCKL sebagai PEMERHATI KHAS.
Bagi saya, perjuangan bukan sekadar hadir di pentas besar, tetapi tentang menghargai setiap pertemuan, membina ukhuwah dan terus menyumbang tenaga demi masa depan bangsa, agama dan negara.
Dalam kesempatan berada di WTCKL, saya turut berkesempatan bertemu semula dengan dua orang rakan seperjuangan dan pemimpin belia yang pernah lahir daripada “kilang kepimpinan belia” dan kini masing-masing telah melangkah jauh dalam dunia politik serta kepimpinan negara dan negeri.
1️⃣ YB DATUK MOHD KURNIAWAN Naim Moktar
🇲🇾 Ahli Parlimen Kinabatangan
🎓 Mantan Alumni Parlimen Belia Malaysia, Batch 2 (Penggal 2017–2018)
🇲🇾 ADUN Senaling
🤝 Timbalan Presiden MAYC Kebangsaan
Daripada platform kepimpinan belia, kita belajar tentang keberanian, tanggungjawab dan erti sebuah perjuangan. Hari ini, melihat sahabat-sahabat seperjuangan melangkah ke pentas yang lebih besar merupakan satu kebanggaan tersendiri.
Perjalanan mungkin berbeza, tetapi semangat dan perjuangan tetap satu. ✊🏻
Semoga ukhuwah yang terjalin terus kukuh dan menjadi pemangkin kepada lebih banyak usaha dalam mencorakkan masa depan generasi muda serta memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara.
Dari kilang belia, melangkah ke pentas kepimpinan negara.
Insya-Allah, perjuangan akan terus diteruskan. 🇲🇾💪🏻





 

MALAM KEDUA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2026 DI KUALA LUMPUR


ALHAMDULILLAH 🤲🏻
Dalam kesibukan di Kuala Lumpur, Allah SWT menemukan saya dengan rakan-rakan seperjuangan dari UMNO Bahagian Bachok yang hadir ke ibu kota.
Pertemuan yang singkat, tetapi penuh makna. Ukhuwah yang terjalin atas dasar perjuangan dan kecintaan kepada parti tetap utuh walau jauh di mata. ❤️💙
Terima kasih Encik Rozemi Hamzah, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, atas perkongsian rezeki dan kesempatan bersama kali ini. Semoga Allah SWT terus melimpahkan rezeki, kesihatan dan kekuatan untuk kita terus berbakti.
Tidak dilupakan, terima kasih Dr. Shahrul, rakan seperjuangan dalam keluarga Barisan Nasional Youth Club (BNYV), yang sudi mengorbankan masa untuk bertemu saya di Kuala Lumpur.
Persahabatan mungkin bermula kerana perjuangan, tetapi ukhuwah yang ikhlas akan kekal menjadi kenangan.
Teruskan melangkah, teruskan berbakti dan teruskan perjuangan.
UMNO tetap di hati, perjuangan tetap diteruskan. 🇲🇾


 

ZIARAH KESUMA STABLE



ALHAMDULILLAH 🤲🏻
12 September 2026, saya berkesempatan meluangkan masa berkunjung ke Kesuma Stable, Bandar Kesuma dan bertemu dengan pemiliknya, Encik Suhly, yang juga merupakan Ahli Individu Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru).
Kunjungan ini bagi mendapatkan perkongsian ilmu dan pengalaman dalam penganjuran Kejohanan Memanah Berkuda, memandangkan Kesuma Stable mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut.
Kesuma Stable juga cukup menarik kerana pernah menjadi antara lokasi penggambaran filem Pendekar Awang. 🐎🏹
Terima kasih Encik Suhly Rahman atas kesudian menerima kunjungan serta berkongsi ilmu dan pengalaman. Semoga segala perkongsian ini menjadi bekalan untuk saya terus melaksanakan amanah sebagai Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru).
Mohon doa agar saya terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan ketabahan dalam menggalas amanah ini. Insya-Allah. 🤲🏻