ALHAMDULILLAH 

Diberi kesempatan untuk hadir sebagai Pemerhati Khas sempena Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).
Satu pengalaman yang cukup bermakna untuk menyaksikan sendiri denyut nadi perjuangan, semangat dan suara anak muda dalam membincangkan masa depan parti serta negara.
Lebih istimewa, dapat kembali bertemu dan mengeratkan silaturahim bersama sahabat-sahabat Alumni Parlimen Belia Malaysia Batch 2 (Penggal 2017–2018). Walaupun masing-masing kini membawa haluan dan tanggungjawab tersendiri, persahabatan yang terjalin tetap utuh.
Dulu bersama membawa suara belia, hari ini terus melangkah membawa pengalaman dan semangat yang sama. 
Semoga pertemuan ini terus menjadi ruang untuk berkongsi pengalaman, membina jaringan dan memperkukuhkan ukhuwah demi masa depan generasi muda Malaysia.
Anak muda hari ini bukan sekadar pewaris, tetapi pencorak masa depan. 


No comments:
Post a Comment