Wednesday, August 28, 2024

KENYATAAN PRESIDEN PERSATUAN EKUESTRIAN NEGERI KELANTAN (BARU)







KENYATAAN PRESIDEN PERSATUAN EKUESTRIAN NEGERI KELANTAN (BARU)

1- Saya Ahmad Faris Bin Yusof selaku Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) ingin menyuarakan berkenaan laporan polis yang saya telah buat di Balai Polis Selayang dibawah kelolaan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.Disini saya ingin menegaskan tentang laporan polis yang saya buat itu mempunyai 2 laporan polis untuk menjaga reputasi saya,keselamatan saya dan keselamatan keluarga saya.

2- Berkenaan Laporan Polis Yang Pertama berkaitan dengan isu yang saya menyerang(dimaklumkan oleh pihak sebelah sana) ke Pejabat Persatuan Ekuestrian Malaysian (EAM).Saya menegaskan perkara ini telah saya bagi kerjasama kepada pihak Polis Diraja Malaysia.

3- Berkenaan Laporan Polis Yang Kedua berkaitan dengan isu ketiadak puas hati oleh individu tersebut dengan pentadbiran saya dibawah Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru).Perkara ini juga saya serahkan kepada Pihak Polis Diraja Malaysia demi menjaga keselamatan saya dan keselamatan keluarga saya.Salah satunya saya buat laporan polis ini agar tidak membazir masa saya kepada perkara yang tidak menguntungkan saya.

4-  Saya berhasrat untuk melepaskan jawatan saya sebagai Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-6.Saya bersedia untuk bagi ruang kepada muka-muka baharu untuk memimpin jikalau kesemua perwakilan bersetuju.

5-  Pihak saya masih menunggu surat rasmi daripada Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) berkenaan penolakan sanction penganjuran Kejohanan Kuda Lasak Peringkat Negeri Kelantan pada 27-28 September 2024.Jikalau tempoh tarikh 7 September 2024 hingga 14 September 2024 masih belum dapat jawapan daripada pihak Persatuan Ekuestrian Malaysia.Pihak saya akan mengeluarkan satu notis yang menyatakan pihak Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) tidak bagi jawapan secara rasmi kepada pihak Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) melalui Royal Endurance Terengganu Stable (RTES).

6- Pihak saya juga telah menyerahkan perkara ini kepada pihak Pesuruhjaya Sukan Malaysia.Pesuruhjaya Sukan Malaysia juga berperanan dan berkuasa untuk menasihati/mengarahkan/memberi notis dan mengambil tindakan perkara ini atas faktor individu tersebut membuat penolakan sanction penganjuran tanpa surat rasmi.

Solluallaik

AHMAD FARIS BIN YUSOF
Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru)
29 Ogos 2024 

 

No comments:

Post a Comment