Wednesday, August 28, 2024

KENYATAAN PRESIDEN PERSATUAN EKEUSTRIAN NEGERI KELANTAN (BARU)


KENYATAAN PRESIDEN Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (BARU)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
1. Saya selaku Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) terpanggil untuk menyuarkan berkenaan permohonan keahlian masih belum tercapai. Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) telah menghantar surat permohonan sebagai Ahli Gabungan dibawah Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) tetapi masih GAGAL.Pihak Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) menawarkan Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) sebagai Ahli Korporat.Saya tanyakan adakah Ahli Korporat ada dalam Perlembagaan Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM).Mengapa Persatuan berstatus Negeri iaitu Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) tidak layak sebagai Ahli Gabungan Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM).Pihak saya mahu buktikan Ahli Korporat tersebut berada di fasal berapa dalam perlembagaan Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) yang telah diluluskan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
2. Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) bertanyakan status Ahli Gabungan di Peringkat Negeri Kelantan.Saya nyatakan disini mengikut Perlembagaan Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) Fasal 7 dan Fasal 10 menyatakan 3 Jenis Keahlian Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) iaitu Ahli Individu,Ahli Bersekutu dan Ahli Gabungan.Fasal 7 dan Fasal 10 telah nyatakan jenis keahlian dan syarat sebagai Ahli.Sehingga hari ini di Negeri Kelantan yang berstatus Kelab hanya Kelab Sukan Berkuda K4.
3. 2024 merupakan tahun kedua saya daftar sebagai Ahli Individu Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) dengan bayaran yuran sebanyak RM100.Sehingga kini masih belum menjelaskan apa fungsi Ahli Individu dalam sebuah keluarga EAM sebagai contoh jemputan ke Mesyuarat Agung Tahunan.Saya mengharapkan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia semak semula.
4. Saya bersedia untuk bersemuka dengan pihak Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) bersama Pesuruhjaya Sukan Malaysia.Saya ingin perkara ini dapat diselesaikan mengikut apa yang telah diluluskan oleh pihak Pesuruhjaya Sukan Malaysia.Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) merupakan Badan Induk Ekuin di Malaysia.Jadi Persatuan Ekuestrian berstatus Negeri ada hak untuk buat permohonan sebagai Ahli Gabungan.Saya akan berjuang benda ni sehingga saya berpuas hati dengan jawapan diberi kepada saya secara bersemuka kelak.
5. Khas untuk Komuniti Ekuin Negeri Kelantan,jangan risau,saya sedia bersemuka yang mana ingin bersemuka dengan saya.Insya Allah 10 Ogos 2024 saya turun ke lapangan Trek Lacor untuk berjumpa dengan komuniti ekuin kelantan acara lumba kuda.Bab perjuangan hal tanah sukan berkuda Negeri Kelantan jangan risau,selagi saya hidup dan kudrat ada.Saya akan terus berjuang.Saya tahu tanggungjawab saya sebagai seorang Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru).
Solluallaik
AHMAD FARIS BIN YUSOF
Presiden
6 Ogos 2024

No comments:

Post a Comment