Wednesday, August 28, 2024

PERJUMPAAN KHAS BERSAMA PENGURUSAN KELAB BOLA SEPAK SRI GUNONG


10 OGOS 2024 | 9.40 MALAM | KEDAI GUNONG | DUN JELAWAT | PARLIMEN BACHOK

Saya turun bertemu dengan Pengurusan Gunong FC untuk persiapan menempuhi LED Jelawat 2024 dibawah kelolaan Urus Setia Belia dan Sukan Kelantan yang bakal bermula September 2024.

Kali ini saya menyasarkan KPI untuk Gunong FC ke peringkat Akhir LED Jelawat 2024.Insya Allah sama-sama kita usahakan secara berpasukan untuk bawa nama Gunong sebagai JUARA 2024.2 Tahun masih belum tercapai ke peringkat akhir LED Dun Jelawat.

Disamping itu,saya bertanya khabar status terkini Kelab Bola Sepak Sri Gunong (KBSG) untuk mengaktifkan semula penghantaran Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) agar dapat diaktifkan semula melalui sokongan nasihat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok.

Terima kasih Encik Noorazihan Bin Jusoh selaku Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok turun bersama untuk mengetahui perkembangan terkini pertubuhan sukan di Kampung Gunong,Bachok Kelantan.Terima kasih Abe Ise Legend KBSG,Hanif selaku Timbalan Pengerusi Kelab Belia Gunong,Nik Yie,Ariff Warihas selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Gunong dan Fazrin Izwan selaku Pengerusi JPKKP Gunong,Bachok Kelantan.

Pertemuan telah diadakan di Kedai Roti Canai Tok Aji Depan Hypermarket Pantai Timur Gunong,Bachok Kelantan.Alhamdulillah sempat menyantuni masyarakat sekitar yang sedang berbicara disini.

"Keluarga Kampung Gunong,Bachok Kelantan"

#AFY #N22DunJelawat #PDMGunong #ParlimenBachok #KBSG #KBG #MAYCKawasanBachok #PBSDBachok #TeamKBS 

 

No comments:

Post a Comment