Wednesday, August 28, 2024

TOWNHALL BERSAMA PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2024











TOWNHALL BERSAMA PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2024
🗓️ 24 Ogos 2024 (Sabtu)
🕖 9.00 Pagi
Saya menghadiri sesi Townhall bersama YBrs. Encik Suhardi bin Alias, Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia atas kapasiti selaku Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru).
Beberapa perkara saya suarakan sepertimana berikut :
1- Berkenaan Sanction yang ditolak oleh Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM).
2- Status Keahlian Ahli Gabungan yang dimohon oleh Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) untuk berada dibawah Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) sebagai Badan Induk Ekuin di Malaysia.
3- Berkenaan permohonan tanah untuk gelanggang sukan yang dibangkit oleh Kelab Petanque Pasir Puteh.Saya nyatakan agar PJS bekerjasama dengan YB Zamakhshari Muhamad Official selaku Pengerusi Jawatankuasa Belia,Sukan,NGO dan Perpaduan Kerajaan Negeri Kelantan, Majlis Sukan Negeri Kelantan, Urus Setia Belia dan Sukan Kelantan dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan untuk solusi yang terbaik fasiliti sukan agar tidak jadi sebagai projek "GAJAH PUTIH".
Kami pemegang taruh Pertubuhan Sukan ini hanyalah akar sahaja.Tangkai bagitau on kami akar akan bergerak terus laksanakan tanggungjawab.
Terima kasih Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia atas penganjuran Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Pesuruhjaya Sukan MalaysiaPeringkat Negeri Kelantan 2024.Penganjuran yang amat bagus untuk pemegang taruh Badan Sukan di Negeri Kelantan.
Terima kasih juga Wakil Kelab Muaythai Sri Gunong juga sertai program kali ini.


 

No comments:

Post a Comment