Wednesday, August 28, 2024

KENYATAAN PRESIDEN PERSATUAN EKUESTRIAN NEGERI KELANTAN (BARU)

KENYATAAN PRESIDEN PERSATUAN EKUESTRIAN NEGERI KELANTAN (BARU)

 Assalamualaikum dan Salam Perjuangan,

1- Sempena Hari Jumaat yang penuh barokah ini.Saya selaku Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) terpanggil untuk menyuarakan hasrat perjuangan masih belum tercapai.
2- Saya memegang tampuk kepimpinan Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) pada 2019 sehingga kini.Hasrat saya tidak lain untuk mengaktifkan Industri Sukan Berkuda Negeri Kelantan.
3- Onak dan Duri saya harungi di peringkat Negeri Kelantan hanya Allah sahaja tahu.Apabila saya berada di tampuk kepimpinan ekuin Negeri Kelantan dapat berjumpa banyak jenis perangai manusia.
4- Sempena hari Jumaat ini,saya ingin menyebut disini,sampai bila Negeri Kelantan ingin berada tahap yang sama.Saya telah menghantar permohonan Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) sebagai Ahli Gabungan dibawah Persatuan Ekuestrian Malaysia.Tetapi ditolak.Pihak Persatuan Ekuestrian Malaysia menawarkan Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) sebagai Ahli Korporat.
5- Tawaran Ahli Korporat selama 2 tahun dibawah Persatuan Ekuestrian Malaysia.Pertanyaan saya disini adakah Ahli Korporat berada dalam Perlembagaan Persatuan Ekuestrian Malaysia??Saya ingin tahu Ahli Korporat melalui Fasal berapa dalam Perlembagaan Persatuan Ekuestrian Malaysia??
6- Semua pertubuhan/badan sukan di Malaysia didaftarkan dibawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia.Perkara ini pihak Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia perlu memanggil yang terlibat untuk bersemuka dan buktikan bahawasanya Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) tidak layak yang telah dinyatakan oleh pihak Persatuan Ekuestrian Malaysia. Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia ada hak untuk mengarahkan Persatuan Ekuestrian Malaysia buat semakan semula Perlembagaan yang telah diluluskan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
7- 2024 merupakan tahun kedua saya mandaftarkan diri sebagai Ahli Individu Persatuan Ekuestrian Malaysia dengan bayaran RM100.Ahli Individu tidak dinyatakan bahawasanya tidak dapat hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ekuestrian Malaysia.Saya tidak pernah dijemput ke Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ekuestrian Malaysia.Perkara ini juga saya mahu pihak Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) nyatakan kepada saya.
8- 27 hingga 28 September 2024 merupakan tarikh penganjuran Kejohanan Kuda Lasak Peringkat Negeri Kelantan yang dianjurkan oleh Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru).Pada 22 Ogos 2024 saya telah dimaklumkan bahawasanya sanction penganjuran dibawah Persatuan Ekuestrian Malaysia "Ditolak".Ianya tidak diberi secara bertulis hitam putih.Ingin saya tegaskan disini,segala surat maklum balas hitam putih secara rasmi perlu diberi kepada pihak saya yang memaklumkan bahawasanya sanction penganjuran ditolak ini merupakan perkara perlu diambil berat oleh pihak Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia demi komuniti Sukan Berkuda di Negeri Kelantan.Jikalau penolakan tersebut disebabkan beberapa faktor jarak trek tidak mencukupi,pihak saya akur dengan alasan tersebut.Malahan ianya tidak dijawab secara rasmi oleh pihak Persatuan Ekuestrian Malaysia.
9- Sudah tiba masanya saya bersara memimpin pertubuhan ekuestrian jikalau perkara ini GAGAL saya perjuangkan.Perkara ini perlu dibuat pembaharuan demi Industri Ekuin di Malaysia dan Kelantan.Saya juga telah diberi lontaran Fuck You Faris oleh individu terbabit.Demi akar umbi sukan berkuda,sekali lagi saya menyeru agar Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia mengambil tindakan susulan untuk membuktikan pihak Persatuan Ekuestrian Malaysia dipihak yang benar atau salah mengikut perlembagaan Persatuan Ekuestrian Malaysia yang telah diluluskan oleh pihak Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia.Saya bersedia untuk bersemuka antara pihak saya,pihak Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM), Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan YB Hannah Yeoh selaku Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
10- Saya mohon maaf sepanjang zaman pemerintahan saya sebagai Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) masih "GAGAL" memperjuangkan "HAK MUTLAK" demi Komuniti Sukan Berkuda Negeri Kelantan untuk menyediakan Kompleks Ekuin Negeri Kelantan sepertimana Negeri Pahang bangunkan di Tanjung Lumpur,Pahang.Saya ucapkan ribuan terima kasih semua pemimpin yang memberi sokongan semasa saya memerintah Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru).Biarlah saya dicaci,dihina,dikeji,diberi sebutan Fuck You.Ini merupakan satu cabaran untuk saya.
11- Jikalau saya tidak memimpin organisasi ekuin,saya boleh teruskan kehidupan seperti biasa sebagai rakyat dalam Industri Ekuin.
Demi Negeri Kelantan tercinta.Saya sayang Negeri Kelantan.Negeri Kelahiran saya.Doakan saya agar dapat kuat semangat mengharungi perjuangan liku-liku dunia yang penuh pancaroba ini.
Solluallaik
Ahmad Faris Bin Yusof
Presiden
23082024

No comments:

Post a Comment