MAJLIS PERASMIAN KURSUS KEPIMPINAN ORGANISASI PERINGKAT DAERAH BACHOK 2024


Alhamdulillah kali ni saya dapat turun bertemu adik-adik belia & beliawanis yang menyertai kursus kali ini. Dalam ucapan saya kali ini saya menyebut berkenaan bakat kepimpinan.
Saya tidak mahu Daerah Bachok ketandusan pemimpin belia.
Apabila saya melihat bakat adik-adik yang menyertai kursus kali ini. Saya melihat 2 orang belia & beliawanis yang mempunyai potensi bakat untuk diketengahkan sebagai Ahli Parlimen Belia Malaysia.
Saya juga menyeru agar adik-adik apabila sudah bekerjaya kelak, curahkanlah bakti & jasa di Daerah Bachok yang merupakan Daerah kelahiran.
Terima kasih semua yang terlibat menjayakan kursus kali ini.
Terima kasih Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Terima kasih Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok.
No comments:
Post a Comment