MESYUARAT PENGURUSAN & MAJLIS PRESIDEN MAYC KEBANGSAAN & BIL.2/2024-2026
1- Terima kasih Presiden MAYC Kebangsaan penggal 2024-2026 melantik saya sebagai Pengerusi Biro Kebajikan & Kerohanian MAYC Kebangsaan penggal 2024-2026 yang merupakan Jawatankuasa khas.
2- Perbincangan beberapa perkara buku baharu memperkasakan kembali MAYC Kebangsaan di peringkat akar umbi.
3- Tugasan Naib Presiden merupakan membantu tugas Presiden menjaga Negeri/Kawasan. Naib Presiden 1 ditugaskan Zon Selatan, Naib Presiden 2 ditugaskan Zon Lembah Klang, Naib Presiden 3 ditugaskan Zon Utara manakala Naib Presiden 4 ditugaskan Zon Pantai Timur.
4- Presiden MAYC Kebangsaan memberi mandat kepada saya agar mewujudkan Jawatankuasa Khas Portfolio Kebajikan & Kerohanian di setiap MAYC Negeri & MAYC Kawasan.
5- Insya Allah dalam masa terdekat saya cuba aturkan menyelaraskan pelantikan jawatan di peringkat biro agar dapat diagihkan tanggungjawab demi meringankan beban pemegang jawatan untuk usahakan peruntukan dengan Agensi Kerajaan.
6- Saya sarankan cadangan kepada Presiden MAYC Kebangsaan agar buat jualan baju MAYC di seluruh Semenanjung Malaysia.
7- Saya berhasrat untuk mengumpul dana pembelian tanah sebagai aset MAYC Kawasan Bachok. Dalam mesyuarat kali ini saya telah suarakan. Presiden MAYC Kebangsaan mohon rujuk Naib Presiden 3 MAYC Kebangsaan merangkap Pengerusi Biro Pengurusan Harta & Aset MAYC Kebangsaan penggal 2024-2026.
No comments:
Post a Comment