DAIRY AFY JANUARI 2025
Saya bukan dilahirkan terus menjadi senang.
Saya bukan dilahirkan untuk menjadi pemimpin.
Saya bukan dilahirkan untuk menyusahkan orang.
Saya bukan dilahirkan untuk berebuat kuasa.
Saya tau apa yang saya buat ini membebankan diri dan fikiran saya.
Walaupun sesetengah mengambil kesempatan atas kesempitan.
Sahabat saya Afif Azli Asm pernah menasihati saya, "Bakpo mu nak cakna ko ore, sedangkan ore tak cakna pun ko mu" .
Hanya Allah sahaja mengetahui perasaanku.
Dihina,Dicaci,Dicerca,Diejek dikalaku jatuh dan bangun.
Saya penat hadap kerenah Birokrasi.
Saya penat hadapi apa yang berlaku dimata saya.
Ku mohon agar berikan masa untukku bersama Keluarga kecilku.
Saya pernah jatuh dan saya bangun & bangkit kembali.
Ya Allah kuatkan diriku untuk hadapi dunia yang berliku dan tipu-tipu.
Terima kasih Ya Allah hadirkan Isteriku yang sentiasa menemaniku dikala susah & sedih.
Terima kasih Ya Allah kepadamu ku mengadu dan memohon doa agar permudahkan urusan diriku setiap hari.
Insya Allah saya akan buat keputusan dalam masa terdekat berkenaan jawatan saya sebagai Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru). Semoga keputusan ini dapat direstui oleh semua pihak.
Terima kasih Januari 2025 yang begitu keras hidup untukku dengan memberi pengalaman untuk mendewasakan diriku.
No comments:
Post a Comment