Patik merafak sembah ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke-55 tahun pada 29 September 2024.
SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT
Seluruh pacal-pacal Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) & MAYC Kawasan Bachok mendoakan semoga Tuanku dilanjutkan usia dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam lindunganNya, hidup dengan penuh kebahagiaan dan kerukunan dan dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat.
Lanjutkan usia Al-Sultan kami
Sultan Kelantan raja ikrami
Aman sentosa Tuhan sirami
Kekal memerintah kami
Kasih dan taat setia disembahkan
Keriangan diucapkan
Segala kebesaran Allah cucurkan
Bertambah kemuliaan
Daulat Tuanku, Dirgahayu Tuanku !
Sembah Ta'zim

Ahmad Faris Bin Yusof
Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru)
Pengerusi MAYC Kawasan Bachok
No comments:
Post a Comment