02 Disember 2024
Alhamdulillah.Syukur..Apabila berlaku musim Tengkujuh di Sekitar Daerah Bachok yang berlaku amat membuatkan hati saya sedih.Ketika itu saya baca group whatsapp untuk mengetahui info-info banjir di Sekitar Daerah Bachok. termasuklah melalui group whatsapp MAYC Kawasan Bachok.
Saya mengetahui kemampuan kewangan MAYC Kawasan Bachok tidak mampu untuk mempunyai aset tersendiri.Apa yang saya fikirkan,saya perlu bertindak dan niat kerana Allah.
Allah ada bersama kita.Apa yang penting utamakan-NYA.Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa orang Jawatankuasa MAYC Kawasan Bachok yang terlibat membantu darisegi posting dan menyalurkan sumbangan walaupun RM5 & RM10.
Terima kasih kepada Hamba-Hamba Allah dan dermawan yang sentiasa memberi sokongan berkenaan program anjuran MAYC Kawasan Bachok.
Terima kasih Nik Kar Stable sudi menguruskan pembelian bot dan peralatan bot yang perlu digunakan semasa turun di akar umbi kelak.
Terima kasih Arrow Sticker bantu darisegi perkhidmatan design & printing & tampal sticker logo MAYC Kawasan Bachok di bot MAYC Kawasan Bachok.
No comments:
Post a Comment