"DUNIA TIDAK BOLEH LARI DENGAN MASALAH"
Hadapilah masalah dan selesaikan masalah selagi kudrat masih ada dan setakat mana termampu.Apa yang penting Allah tahu apa niat kita hidup di dunia.
Terima kasih Agensi-Agensi Kerajaan yang bagi maklum balas diberikan demi menyelesaikan masalah kehidupan rakyat.
Apa yang penting kita semua dah jalankan tanggungjawab yang diamanahkan tidak kiralah amanah tersebut tidak dibayar atau dibayar.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sangat ajaib keadaan seseorang yang beriman, sesungguhnya segala urusannya adalah baik dan itu tidak terjadi kepada seseorang kecuali hanya bagi orang yang beriman. Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur maka demikian itu kebaikan buatnya. Dan jika dia mendapat kesusahan, dia bersabar, maka demikian itu adalah kebaikan buatnya". (Riwayat Ahmad)
Apa yang kita sudah laksanakan di atas muka bumi ini.Kita laksanakan.Selebihnya serahkan kepada Allah s.w.t. untuk menilainya.
No comments:
Post a Comment