23 JANUARI 2025 | KHAMIS
Alhamdulillah dapat hadir ke Majlis Pelancaran Portal Bantuan Kewangan Program Perpaduan yang Disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang selaku Menteri Perpaduan Negara dibawah Kementerian Perpaduan Negara.
Terima kasih YB Puan Senator Saraswathy Kandasami selaku Timbalan Menteri Perpaduan Negara sempat saya berbincang dengan beliau beberapa perkara untuk menjemput beliau ke Daerah Bachok.
Terima kasih Dr Tesh Pegawai Tugas-Tugas Khas YB Datuk Aaron Ago Dagang atas jemputan.Saya hadir atas kapasiti sebagai Naib Presiden 4 MAYC Kebangsaan. Sempat bertemu sahabat-sahabat Majlis Belia Negeri Perak, Majlis Belia Negeri Pahang & Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung - Rasmi & Alumni Parlimen Belia Malaysia.
Penggerak NGO berdaftar dibawah ROS/ROY bolehlah isi permohonan melalui link dibawah :
Terima kasih Kementerian Perpaduan Negara atas inisiatif menyediakan platform yang bagus untuk kami pemimpin NGO bagi mencari dana/peruntukan demi menggerakkan program akar umbi.
No comments:
Post a Comment