Thursday, August 29, 2024

TERIMA KASIH TNB RETAIL KELANTAN


Terima kasih sebahagian rakyat Kampung Kemudi yang hadir dalam Program Hari Bertemu Pelanggan Bersama TNB Retail Kelantan.
Terima kasih TNB Retail Kelantan sudi mengadakan program di Kampung Kemudi.Mohon Maaf kali ini saya tak bersama kalian.
Insya Allah walaupun saya berada jauh,kalian tetap dihati saya.
Tahniah KRT Kemudi,JPKKP Badak & Rengas.Terima kasih semua yang terlibat.


 

Wednesday, August 28, 2024

SINGGAH DI KEDAI JAHIT ABE LAN TUKANG JAHIT BERDEKATAN TANAH PERKUBURAN ISLAM TEPUS/PAUH LIMA


Alhamdulillah dapat singgah ukur baju di Kedai Jahit Abe Lan berdekatan Tanah Perkuburan Islam Tepus/Pauh Lima.
Singgah jahit baju kedai sepupu Isran Ismail 😉.
Terima kasih Abe Lan sudi menerima tempahan saya.Sesiapa nak jahit baju boleh call atau whatsapp abe lan di talian 0169504131.


 

𝐆𝐔𝐆𝐔𝐑𝐍𝐘𝐀 𝐒𝐄𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐔𝐉𝐀𝐇𝐈𝐃 𝐔𝐌𝐌𝐀𝐇


𝐆𝐔𝐆𝐔𝐑𝐍𝐘𝐀 𝐒𝐄𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐔𝐉𝐀𝐇𝐈𝐃 𝐔𝐌𝐌𝐀𝐇

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ

Tiada kata yang dapat menggambarkan kesedihan hati saya hari ini apabila mengetahui pemimpin dan pejuang Ismail Haniyeh, Ketua Hamas dan pengawal peribadinya yang gugur syahid dalam serangan di Tehran, Iran.
.
Kehilangan besar buat dunia Islam, namun, semangat beliau berjuang tidak akan pudar dan kehilangan ini pastinya membangkitkan gelora perjuangan generasi penerus agar keadilan dan kebebasan dapat dicapai oleh rakyat Palestin.

Semoga Allah SWT menempatkan mereka dalam kalangan para syuhada yang beroleh jannah-Nya tanpa hisab.

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Ya Allah hapuskanlah rejim Israel Laknatuallah di dunia ini Ya Allah.

Palestin bebas, merdeka dan berdaulat.

Allahuakbar!

#MerdekakanPalestine
#HapuskanRejimIsrael
#FreePalestine

 

MAKAN PAGI BERSAMA PENGERUSI MAJLIS BELIA JAJAHAN BACHOK DI TBS



3 OGOS 2024 | BANDAR TASIK SELATAN
Makan pagi bersama Encik Abdul Hafeez selaku Pengerusi Majlis Belia Jajahan Bachok sambil bincang beberapa perkara tentang pemerkasaan pertubuhan belia di Daerah Bachok.
Insya Allah saya cuba aturkan demi memperkasakan pertubuhan belia di Daerah Bachok.


 

BERTEMU SETPOL YAB MENTERI KEWANGAN


3 OGOS 2024 | PUTRAJAYA

Walaupun berbeza fahaman parti politik,saya memberi cadangan agar kerajaan dapat bantu apa yang belia mahu di Daerah Bachok.

Singgah sekejap program Kamil Munim SETPOL YAB Menteri Kewangan Malaysia.Harap ada sinarnya.Insya Allah.

 

SELAMAT BERJUANG DAN SELAMAT BERKHIDMAT UNTUK YB AZMAWI ADUN NENGGIRI YANG BAHARU


Selamat Berjuang Saudara Azmawi Fikri sebagai Calon Barisan Nasional N43 Dun Nenggiri.
Saya menyeru semua rakyat Dun Nenggiri agar bagi mandat kepada Saudara Azmawi Fikri sebagai ADUN Nenggiri yang baharu.
Jangan terpedaya dengan tipu helah menyatakan Undi BN dapat DAP.
BN tetap BN.
DAP bersama Pakatan Harapan.DAP bukan parti komponen Barisan Nasional.
Insya Allah saya doakan agar BN dapat rampas kembali Dun Nenggiri.


 

KLINIK RAKYAT MAYC KAWASAN BACHOK SIRI 1/2024









KLINIK RAKYAT | 4 OGOS 2024 | SIRI 1
Hari ni saya mulakan sesi aktiviti petang dengan menyantuni bakal-bakal pengundi muda kelak N22 Dun Jelawat.Alhamdulillah adik-adik bertanyakan apa itu MAYC Kawasan Bachok.
Terima kasih adik-adik yang berkunjung ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Gunong, Bachok dan jadikan NADI Gunong sebagai one stop centre kalian untuk ulangkaji pelajaran dan siapkan kerja sekolah kalian.