Monday, July 8, 2024

SELAMAT BERSIDANG PERWAKILAN UMNO CAWANGAN PADANG CHINA BAGI TAHUN 2024


Apabila sampai di Ibu Kota Kuala Lumpur.Fikiran merenung semasa UMNO kuat di peringkat akar umbi.Satu ketika dahulu UMNO dekat dihati rakyat.
Apa ke tidaknya,pemimpin UMNO sekejap sekejap rakyat cari.Sebab apa??Sebab pemimpin UMNO ni cakna rakyat.
Walaupun kuasa itu ramai yang mengatakan kenapa gila "KUASA"?Kuasa ni penting untuk bantu rakan-rakan di peringkat akar umbi.
Sebagai contoh dalam parti UMNO Cawangan,kenapa berada di jawatan tersebut??Sebab inginkan perubahan darisegi pengurusan pentadbiran UMNO Cawangan walaupun sedikit.
Saya daftar Ahli UMNO berumur 18 tahun.Banyak liku-liku hadapi.Ada kalanya saya berasa sedih dengan sikap pemimpin-pemimpin dalam parti UMNO.Apakan daya ketika itu hanya sebagai Ahli biasa.
Sudah tiba masanya,2026 untuk saya berada di saf kepimpinan utama sayap UMNO Bahagian Bachok.Kali ini saya tetapkan pendirian untuk berada di kerusi tersebut.Saya harap pihak lawan berlawan secara bersih dalam pemilihan penggal depan 2026.
Saya mendoakan agar Persidangan UMNO Cawangan Padang China dapat melaksanakan dengan jayanya.2023 saya kagum dengan semangat Ketua UMNO Cawangan Padang China dengan kerahan dibuat.UMNO Cawangan Padang China hanya bersidang solo tiada tumpang mana-mana cawangan.
Di peringkat sayap,pemuda cawangan perlu diperkasakan.Malahan wanita sebagai Ibu juga perlu diperkasakan.Manakala Puteri UMNO Cawangan perlu pertingkatkan lagi KPI prestasi penambahan Ahli Puteri UMNO Cawangan Padang China.
Insya Allah sedikit sumbangan untuk parti UMNO di peringkat UMNO Cawangan Padang China bagi melaksanakan Persidangan UMNO Cawangan Padang China sebagai tanda perjuangan saya untuk Parti UMNO.
Sudah tiba masanya saya perlu berada di dalam sistem parti.Mengikut nasihat Datuk Ahmad Jazlan Yaakub selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan berkata,"Sudah Tiba Masanya Adik-Adik Berada Dalam Sistem di Peringkat UMNO Bahagian malahan peringkat sayap".
Insya Allah 2026 lawan tetap lawan.Doakan saya agar memperoleh "KEMENANGAN" pada pemilihan penggal depan 2026.
Akhir sekali,saya mendoakan agar UMNO Cawangan seluruh negara dapat bersidang dengan jayanya.Sudah tiba masanya Anak Muda/Belia dicalonkan sebagai Calon ADUN mewakili Barisan Nasional di PRU16 dan PRU17.
Mulai sekarang,saya perlu mengenali kesemua pengundi-pengundi Seluruh Daerah Bachok.
Solluallaik
Ahmad Faris Bin Yusof
Setiausaha
UMNO Cawangan Padang China
06052024


 

No comments:

Post a Comment