Sunday, July 28, 2024

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PERSATUAN EKUESTRIAN NEGERI KELANTAN (BARU)




KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PERSATUAN EKUESTRIAN NEGERI KELANTAN (BARU)
ASSALAMUALAIKUM WBT. DAN SALAM SEJAHTERA
1) Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) terpanggil untuk menyuarakan apa yang telah diperjuangkan tetapi masih belum tercapai.Salah satunya berkaitan permohonan sebagai Ahli Gabungan Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) dibawah Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM).Pihak Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) masih tidak bagi peluang kepada Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) untuk menjadi sebagai Ahli Gabungan Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) yang sah.Malahan Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) menawarkan tawaran sebagai Ahli Korporat dibawahnya.Saya sebagai Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) rasa terpanggil untuk menyuarakan perkara ini agar Pesuruhjaya Sukan Malaysia ambil tindakan selanjutnya demi Pertubuhan Ekuin Negeri Kelantan.Malahan pihak saya mohon pihak Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) buktikan sebab apa Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) tidak layak menjadi Ahli Gabungan.Pihak saya mengharapkan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan YB Hannah Yeoh selaku Menteri Belia dan Sukan Malaysia ambil perhatian berkaitan isu ini.
2) Saya sebagai Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) mengalukan mana-mana individu bertanding pemegang jawatan Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) agar berdaftar sebagai Ahli Individu dan buat pembayaran yuran sebanyak RM70.Pemilihan 2025 pihak saya membuka seluas-luasnya pertandingan pemilihan untuk jawatan Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru).
3) Saya telah melantik setiap Pemangku Pengerusi Jawatankuasa (Biro) dibawah Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) demi memperkasakan setiap acara seperti Jawatankuasa (Biro) Lumba Kuda dan Jawatankuasa (Biro) Kuda Lasak Peringkat Negeri Kelantan.Setiap akar umbi perlu berhubung dengan Pemangku Pengerusi setiap biro yang telah dilantik oleh saya sebagai Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru).Segala isu di peringkat biro haruslah dibawa ke Jawatankuasa Induk Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru).Mana-mana individu yang tidak membayar yuran keahlian Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) setiap tahun tiada hak untuk memprovokasikan isu.Saya sebagai Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) masih mengetahui peranan saya sebagai Ketua Nakhoda Ekuin di Negeri Kelantan.Individu-individu yang tidak membayar yuran tahunan dan menghentam Presiden,pihak saya akan mengusulkan perkara tersebut ke Mesyuarat Agung Tahunan yang seterusnya.
4) Saya sebagai Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) telah melantik Pemangku Pengerusi Ekuin Kawasan untuk melaksanakan tugasan jaga setiap kawasan di Negeri Kelantan.Pertama sekali,pihak saya sedang berusaha untuk menubuhkan 3 Kelab Ekuin dan 1 Persatuan Ekuin Daerah.Malahan setakat ini Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) mempunyai kekuatan melalui Ahli Individu mengikut Fasal 6.2 dan Fasal 10.2 Perlembagaan Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru).Manakala pihak saya akan menghantar kepada Ahli Bersekutu yang berstatus Kelab untuk melakukan pembayaran yuran tahunan sebanyak RM20 mengikut Fasal 7.1.
5) Sebarang permohonan sumbangan kejohanan berkaitan sukan berkuda di Seluruh Negeri Kelantan melalui Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) perlu mengemukakan surat & kertas kerja dalam tempoh 30 hari sebelum kejohanan/program diadakan.Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) hanya Badan Bukan Kerajaan (NGO) bukan sebagai kerajaan. Sebarang urusan perlu dihantar ke email penk.kelantan@gmail.com sahaja.
6) Perancangan Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) untuk menganjurkan Kejohanan Sukan Berkuda (Lumba Kuda) Peringkat Negeri Kelantan di Trek Lumba Kuda RKE Gunong "DITUNDA" ke tarikh akan dimaklumkan kelak.Pihak Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) ingin menumpukan persiapan Kejohanan Kuda Lasak Peringkat Negeri Kelantan 2024 pada bulan 9 di Daerah Bachok.
7) Pihak saya telah berusaha untuk memperjuangkan pemilikan "TANAH SUKAN BERKUDA NEGERI KELANTAN" masih "GAGAL" untuk memperoleh.Saya mengharapkan pihak Kerajaan Negeri Kelantan dapat membantu dan permudahkan dengan kadar cukai yang bermunasabah demi rakyat Kelantan yang aktif dalam Sukan Berkuda.

8) Sebarang kejohanan/program/aktiviti sukan berkuda di Negeri Kelantan yang tidak melibatkan Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) bermula 28 Julai 2024,pihak saya tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kejadian yang berlaku.Jikalau pihak berkuasa menghubungi pihak Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru),maka pihak berkenaan dikenakan caj denda sebanyak RM500 sebagai cagaran atas budi bicara Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru).
9) Saya selaku Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) mengalukan agar seluruh Komuniti Sukan Berkuda Negeri Kelantan berdaftar sebagai Ahli Individu Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) dengan pembayaran yuran sebanyak RM70.
10) Saya mendoakan agar Industri Ekuin(Sukan Berkuda) di Malaysia khasnya Negeri Kelantan dapat mengembalikan kegemilangan dan "TIADA KEPENTINGAN PERIBADI".Insya Allah saya akan terus perjuangkan mandat yang diberi ini sebagai Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) sehingga 2025 sahaja.Seterusnya saya serahkan kepada perwakilan yang hadir untuk menentukan Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan bagi penggal 2025-2027.Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan semasa kepimpinan saya selama 2019 sehingga 2025 kelak.
Sekian,
Yang benar,
AHMAD FARIS BIN YUSOF
PRESIDEN
PERSATUAN EKUESTRIAN NEGERI KELANTAN (BARU)
28 Julai 2024


 

No comments:

Post a Comment