Monday, July 8, 2024

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAYC KAWASAN BACHOK KALI KELIMA














2 JUN 2024
Alhamdulillah dapat melaksanakan tanggungjawab melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kawasan Bachok Kali Kelima yang dirasmikan oleh Puan Nur Azma Binti Yahya selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok.
Delegasi MAYC Kelantan diwakili oleh Saudara Azroy Azmi selaku Pengerusi MAYC PASIR MAS turun hadir bersama.Kali ini juga turut diadakan sesi penyampaian Anugerah Khas Ikon Beliawanis Sukan 2024 Acara Berbasikal untuk Nurul Azlina Binti Mohd Razali merupakan beliawanis Kampung Gunong,Bachok Kelantan.
Terima kasih semua yang terlibat menjayakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kawasan Bachok Kali Kelima ini.Selamat galas tanggungjawab sebagai kepimpinan pertubuhan belia penggal 2024-2026.
Ini merupakan penggal akhir saya sebagai pemimpin belia sebelum 1.6.2026 bermulanya had umur belia di Malaysia bawah 30 tahun.Beberapa perkara sebut dalam ucapan saya sebelum saya bersara sebagai pemimpin belia.
Saya perlukan Bachok Juara buat kali kedua sebelum perjuangan belia saya pencen pada 2026.Insya Allah saya sedia bagi ruang seluas-luasnya untuk pemimpin muda berumur 15-25 tahun memimpin pertubuhan belia di Daerah Bachok.

 

No comments:

Post a Comment