SELAMAT MENYAMBUT HARI ARAFAH
Hari Arafah jatuh pada 16 Jun 2024 (9 Zulhijjah),
Ketika ini Kota Mekah sedang padat dengan bakal-bakal haji yang bakal berhimpun di Padang Arafah bagi melakukan ibadah wukuf.
Ibadah wukuf di padang Arafah simbolik dengan peristiwa di mana Nabi Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga setelah terpedaya dengan tipu daya Iblis.
Disebabkan peristiwa itu, mereka berdua memohon ampun daripada Allah selama bertahun-tahun dan akhirnya berjumpa semula di Jabal Rahmah selepas 40 tahun terpisah.
Hari Arafah dikenali sebagai masa berdoa paling mustajab kerana pada ketika itulah Nabi Muhammad SAW mengambil masa yang sangat lama untuk berdoa.
Di Malaysia, ramai yang mengambil kesempatan pada hari ini untuk berpuasa untuk merebut ganjaran puasa pada hari tersebut di mana fadilatnya dapat menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas.
Berpuasa pada Hari Arafah hukumnya sunat bagi mereka yang tidak mengerjakan Haji.Ia juga adalah peluang keemasan bagi membersihkan diri daripada dosa yang telah dilakukan .
“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,
“لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”.
Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu).”
(Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)
خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
“Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah”.
[Riwayat al-Tirmizi (3509)]
Bersempena Hari Arafah, bersama kita tingkatkan amalan dan berdoa agar dikurniakan kesihatan dan keimanan.
Solluallaik
Ahmad Faris Bin Yusof
Pengerusi
MAYC Kawasan Bachok

No comments:
Post a Comment