Tuesday, July 30, 2024

SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN YANG KE-65 SULTAN PAHANG 2024


Patik Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah sempena Memuliakan Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Yang Ke-65 Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku pada 30 Julai 2024 bersamaan 24 Muharam 1446 Hijrah.
Patik serta seluruh pacal-pacal Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) mendoakan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku dikurniakan kesejahteraan, dilanjutkan usia serta berada dalam keadaan sihat walafiat.
Semoga Allah SWT merahmati serta memberkati pemerintahan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku.
Daulat Tuanku.


 

Sunday, July 28, 2024

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PERSATUAN EKUESTRIAN NEGERI KELANTAN (BARU)




KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PERSATUAN EKUESTRIAN NEGERI KELANTAN (BARU)
ASSALAMUALAIKUM WBT. DAN SALAM SEJAHTERA
1) Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) terpanggil untuk menyuarakan apa yang telah diperjuangkan tetapi masih belum tercapai.Salah satunya berkaitan permohonan sebagai Ahli Gabungan Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) dibawah Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM).Pihak Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) masih tidak bagi peluang kepada Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) untuk menjadi sebagai Ahli Gabungan Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) yang sah.Malahan Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) menawarkan tawaran sebagai Ahli Korporat dibawahnya.Saya sebagai Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) rasa terpanggil untuk menyuarakan perkara ini agar Pesuruhjaya Sukan Malaysia ambil tindakan selanjutnya demi Pertubuhan Ekuin Negeri Kelantan.Malahan pihak saya mohon pihak Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) buktikan sebab apa Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) tidak layak menjadi Ahli Gabungan.Pihak saya mengharapkan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan YB Hannah Yeoh selaku Menteri Belia dan Sukan Malaysia ambil perhatian berkaitan isu ini.
2) Saya sebagai Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) mengalukan mana-mana individu bertanding pemegang jawatan Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) agar berdaftar sebagai Ahli Individu dan buat pembayaran yuran sebanyak RM70.Pemilihan 2025 pihak saya membuka seluas-luasnya pertandingan pemilihan untuk jawatan Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru).
3) Saya telah melantik setiap Pemangku Pengerusi Jawatankuasa (Biro) dibawah Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) demi memperkasakan setiap acara seperti Jawatankuasa (Biro) Lumba Kuda dan Jawatankuasa (Biro) Kuda Lasak Peringkat Negeri Kelantan.Setiap akar umbi perlu berhubung dengan Pemangku Pengerusi setiap biro yang telah dilantik oleh saya sebagai Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru).Segala isu di peringkat biro haruslah dibawa ke Jawatankuasa Induk Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru).Mana-mana individu yang tidak membayar yuran keahlian Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) setiap tahun tiada hak untuk memprovokasikan isu.Saya sebagai Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) masih mengetahui peranan saya sebagai Ketua Nakhoda Ekuin di Negeri Kelantan.Individu-individu yang tidak membayar yuran tahunan dan menghentam Presiden,pihak saya akan mengusulkan perkara tersebut ke Mesyuarat Agung Tahunan yang seterusnya.
4) Saya sebagai Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) telah melantik Pemangku Pengerusi Ekuin Kawasan untuk melaksanakan tugasan jaga setiap kawasan di Negeri Kelantan.Pertama sekali,pihak saya sedang berusaha untuk menubuhkan 3 Kelab Ekuin dan 1 Persatuan Ekuin Daerah.Malahan setakat ini Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) mempunyai kekuatan melalui Ahli Individu mengikut Fasal 6.2 dan Fasal 10.2 Perlembagaan Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru).Manakala pihak saya akan menghantar kepada Ahli Bersekutu yang berstatus Kelab untuk melakukan pembayaran yuran tahunan sebanyak RM20 mengikut Fasal 7.1.
5) Sebarang permohonan sumbangan kejohanan berkaitan sukan berkuda di Seluruh Negeri Kelantan melalui Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) perlu mengemukakan surat & kertas kerja dalam tempoh 30 hari sebelum kejohanan/program diadakan.Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) hanya Badan Bukan Kerajaan (NGO) bukan sebagai kerajaan. Sebarang urusan perlu dihantar ke email penk.kelantan@gmail.com sahaja.
6) Perancangan Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) untuk menganjurkan Kejohanan Sukan Berkuda (Lumba Kuda) Peringkat Negeri Kelantan di Trek Lumba Kuda RKE Gunong "DITUNDA" ke tarikh akan dimaklumkan kelak.Pihak Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) ingin menumpukan persiapan Kejohanan Kuda Lasak Peringkat Negeri Kelantan 2024 pada bulan 9 di Daerah Bachok.
7) Pihak saya telah berusaha untuk memperjuangkan pemilikan "TANAH SUKAN BERKUDA NEGERI KELANTAN" masih "GAGAL" untuk memperoleh.Saya mengharapkan pihak Kerajaan Negeri Kelantan dapat membantu dan permudahkan dengan kadar cukai yang bermunasabah demi rakyat Kelantan yang aktif dalam Sukan Berkuda.

8) Sebarang kejohanan/program/aktiviti sukan berkuda di Negeri Kelantan yang tidak melibatkan Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) bermula 28 Julai 2024,pihak saya tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kejadian yang berlaku.Jikalau pihak berkuasa menghubungi pihak Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru),maka pihak berkenaan dikenakan caj denda sebanyak RM500 sebagai cagaran atas budi bicara Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru).
9) Saya selaku Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) mengalukan agar seluruh Komuniti Sukan Berkuda Negeri Kelantan berdaftar sebagai Ahli Individu Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) dengan pembayaran yuran sebanyak RM70.
10) Saya mendoakan agar Industri Ekuin(Sukan Berkuda) di Malaysia khasnya Negeri Kelantan dapat mengembalikan kegemilangan dan "TIADA KEPENTINGAN PERIBADI".Insya Allah saya akan terus perjuangkan mandat yang diberi ini sebagai Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) sehingga 2025 sahaja.Seterusnya saya serahkan kepada perwakilan yang hadir untuk menentukan Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan bagi penggal 2025-2027.Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan semasa kepimpinan saya selama 2019 sehingga 2025 kelak.
Sekian,
Yang benar,
AHMAD FARIS BIN YUSOF
PRESIDEN
PERSATUAN EKUESTRIAN NEGERI KELANTAN (BARU)
28 Julai 2024


 

Wednesday, July 24, 2024

TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PELAJAR STPM 2023


Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 terutamanya para pelajar di Daerah Bachok.
Kepada yang mendapat keputusan cemerlang teruskan mendaki puncak menara gading, manakala yang kurang bernasib baik ceburilah bidang kemahiran yang telah disediakan oleh kerajaan untuk berjaya di masa hadapan.


 

Tuesday, July 23, 2024

ULANGTAHUN MAJLIS BELIA MALAYSIA KE-76 TAHUN 23 JULAI 2024


DIRGAHAYU
ULANG TAHUN MBM-76 Majlis Belia Malaysia 23 JULAI 2024
Solluallaik
Ahmad Faris Bin Yusof
Pengerusi


 

JOM FOLLOW TIKTOK SAYA


Hi semua @followers. Jom follow TikTok saya. Akan datang, saya nak buat contest menarik, hadiah menarik. Tapi sebelum tuuuuuu.....kena follow dulu ❤️ ❤️ ❤️

 

PERSIAPAN PERANCANGAN BELANJAWAN 2025


PERSIAPAN PERANCANGAN BELANJAWAN 2025

1 Ogos 2024 hingga 31 Disember 2024

Saya mengalu-alukan cadangan dan pendapat anda bagi Belanjawan 2025 untuk memudahkan pihak saya melakukan persiapan awal permohonan ke atasan melalui Pertubuhan NGO yang saya kendalikan seperti dibawah :

1- Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru)
2- MAYC Kawasan Bachok
3- Kelab Belia Gunong

Ayuh suarakan pandangan anda melalui pautan :

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdGnM3NYLk38eQrXXgogjOQ3y3qU2HPY-tPd6piNgmkJukbWg/viewform

ATAU

Imbas kod QR pada poster.

Terima kasih atas kerjasama anda!!

Cadangan anda amat saya hargai!!

#Belanjawan2025

 

Saturday, July 20, 2024

PERUMAHAN BELIA MAMPU MILIK DIPERLUKAN DI KELANTAN


20 JULAI 2024

Apabila sampai di Gua Musang.Singgah beli makanan di Bandar Gua Musang.Kemudian ada tengok gerai jual tokoyaki.

Beliawanis Jerek Dun Nenggiri yang buat bisnes tokoyaki.Sambil menunggu tokoyaki masak.Beliawanis tersebut suarakan tentang permohonan rumah PPR.Saya sarankan kepada beliau agar bertemu terus dengan Yang Berhormat.

Kesimpulan disini,golongan belia dan beliawanis di Kelantan perlukan rumah mampu milik yang kami perjuangkan semasa persidangan Parlimen Belia Penggal 2017-2018.

Saya harapkan pihak Kerajaan Persekutuan menitik beratkan pembangunan tempat berteduh untuk rakyat di Kelantan yang baru bermula bina keluarga.

Insya Allah saya doakan agar Rakyat Dun Nenggiri ada pilihan tersendiri untuk bagi mandat Wakil Rakyat Dun Nenggiri pada 17 Ogos 2024 kelak.

 #N43DunNenggiri #GuaMusang

 

Tuesday, July 9, 2024

TERIMA KASIH JKR BACHOK


Terima kasih JKR Bachok Official atas maklum balas diberikan berkenaan pertanyaan saya tentang status pengwujudan traffic light di hadapan Sekolah Kebangsaan Jelawat,Bachok Kelantan.
Sebelum ini saya melihat Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) telah turun melihat kawasan tersebut.Jikalau tidak dapat wujudkan traffic light,jalan tersebut perlu dilebarkan demi keselamatan Rakyat yang menggunanya terutama anak-anak murid SK Jelawat.
Tahniah dan Terima kasih JKR Bachok atas maklum balas diberikan pada 06 Julai 2024.Insya Allah demi Bachok sama-sama kita terus bekerja.
Sama-sama kita perjuangkan untuk Bachok tercinta khas N22 Dun Jelawat.


 

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1446H


بِسْــــــــــــــــــمِﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

“𝑫𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒔𝒊𝒂𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒉𝒊𝒋𝒓𝒂𝒉 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒋𝒂𝒍𝒂𝒏 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 (𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒍𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒆𝒈𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝑰𝒔𝒍𝒂𝒎), 𝒏𝒆𝒔𝒄𝒂𝒚𝒂 𝒊𝒂 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕𝒊 𝒅𝒊 𝒎𝒖𝒌𝒂 𝒃𝒖𝒎𝒊 𝒊𝒏𝒊 𝒕𝒆𝒎𝒑𝒂𝒕 𝒃𝒆𝒓𝒉𝒊𝒋𝒓𝒂𝒉 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒂𝒏𝒚𝒂𝒌 𝒅𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒛𝒆𝒌𝒊 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒂𝒌𝒎𝒖𝒓; 𝒅𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒔𝒊𝒂𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒌𝒆𝒍𝒖𝒂𝒓 𝒅𝒂𝒓𝒊 𝒓𝒖𝒎𝒂𝒉𝒏𝒚𝒂 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒕𝒖𝒋𝒖𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒉𝒊𝒋𝒓𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒅𝒂𝒏 𝑹𝒂𝒔𝒖𝒍𝑵𝒚𝒂, 𝒌𝒆𝒎𝒖𝒅𝒊𝒂𝒏 𝒊𝒂 𝒎𝒂𝒕𝒊 (𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒑𝒆𝒓𝒋𝒂𝒍𝒂𝒏𝒂𝒏), 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒔𝒆𝒔𝒖𝒏𝒈𝒈𝒖𝒉𝒏𝒚𝒂 𝒕𝒆𝒍𝒂𝒉 𝒕𝒆𝒕𝒂𝒑 𝒑𝒂𝒉𝒂𝒍𝒂 𝒉𝒊𝒋𝒓𝒂𝒉𝒏𝒚𝒂 𝒅𝒊 𝒔𝒊𝒔𝒊 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉. 𝑫𝒂𝒏 (𝒊𝒏𝒈𝒂𝒕𝒍𝒂𝒉) 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝑴𝒂𝒉𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒎𝒑𝒖𝒏, 𝒍𝒂𝒈𝒊 𝑴𝒂𝒉𝒂 𝑴𝒆𝒏𝒈𝒂𝒔𝒊𝒉𝒂𝒏𝒊.”

(𝑺𝒖𝒓𝒂𝒉 𝒂𝒍-𝑵𝒊𝒔𝒂’ 𝒂𝒚𝒂𝒕 100)

Semoga tahun ini membawa kebahagiaan, kegembiraan, kebaikan, dan kesihatan yang baik untuk semua umat Islam. 

1 Muharram 1446 Hijrah | 7 Julai 2024

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐑𝐑𝐀𝐌 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟒𝐌

Solluallaik

AHMAD FARIS BIN YUSOF



 

SELAMAT BERSIDANG BUAT SELURUH PERWAKILAN-PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN,WANITA BAHAGIAN,PERGERAKAN PEMUDA BAHAGIAN DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN DI SELURUH NEGARA


Selamat Bersidang buat seluruh Perwakilan-Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita Bahagian, Pergerakan Pemuda Bahagian dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian di seluruh negara yang bermula pada 21 Jun sehingga 29 Julai 2024

 

PROGRAM RAKAN MUDA EKSPRESI : RAKAN MUDA & QURBAN AIDILADHA PERINGKAT DUN TAWANG SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 2024


Alhamdulillah.Tahun 2024 MAYC Kawasan Bachok berjaya pereboh seekor lembu melalui Program Rakan Muda Ekspresi : Rakan Muda & Qurban Aidiladha Peringkat Dun Tawang Sempena Hari Raya Aidiladha 2024 di Kampung Wakaf Aik,Tawang Bachok Kelantan.

Terima kasih 7 orang peserta yang membeli bahagian daging iaitu Encik Mohd Isa Bin Muhamad,Encik Mohd Radzi Bin Abdul Aziz,Encik Wajid Iqbal Bin Abrar,Puan Nur Illiana Binti Mohd Salleh,Puan Siti Safinah Binti Rameli dan Cik Nur Ikramatul Shaheerah Binti Che Rosli.

Terima kasih Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan atas sokongan diberikan untuk menjayakan program kali ini anjuran MAYC Kawasan Bachok.

Terima kasih Wakaf Aik Stable dan Kelab Belia Wakaf Zin.

#N20DunTawang #MAYCKawasanBachok 

 

ZIARAH AIDILADHA 1445H DI SEKITAR KAMPUNG WAKAF AIK,TAWANG BACHOK KELANTAN









17 Jun 2024
Saya mengadakan sesi Ziarah Aidiladha 8 buah rumah di Sekitar Kampung Wakaf Aik mewakili penyumbang.
Alhamdulillah Program Rakan Muda Ekspresi : Rakan Muda & Qurban Aidiladha Peringkat Dun Tawang Sempena Hari Raya Aidiladha 2024 di Kampung Wakaf Aik,Tawang Bachok Kelantan.
Terima kasih Wakaf Aik Stable sudi bekerjasama dengan MAYC Kawasan Bachok untuk menjayakan program kali ini.Terima kasih Sukarelawan Belia Wakaf Aik turun bersama saya dalam sesi ziarah kali ini.