-26 JANUARI 2023-
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوَن
Perkhabaran duka daripada sahabat-sahabat Ekuin Terengganu memaklumkan kepada saya bahawa Dato’ Che Mat Din Bin Ismail telah kembali ke rahmatullah petang tadi.
Satu kehilangan bagi saya dan seluruh keluarga Ekuin di Negeri Kelantan.Allahyarham banyak membantu darisegi pengurusan penganjuran kejohanan kuda Lasak di Negeri Kelantan.
Allahyarham Dato juga merupakan Naib Presiden 1 Persatuan Ekuestrian Malaysia.Saya serta seluruh Jawatankuasa Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) dan keluarga Ekuin Negeri Kelantan mendoakan Allahyarham Dato dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang soleh.
Insya Allah.Allahyarham Dato seorang yang banyak membantu.Semoga damai di negeri kekal abadi Allahyarham Dato.Satu ketika nanti kami bertemu Dato juga di alam sana kelak.
Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Dato' Che Mat Din.
Al-Fatihah
No comments:
Post a Comment