23 November 2023 | Salak Tinggi | Sesi Libat Urus Bersama Pemegang Taruh Berkaitan Pindaan Akta Binatang 1953
Saya hadir mewakili Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) memenuhi jemputan untuk sertai Sesi Libat Urus yang diadakan di Makmal Kesihatan Awam Veterinar, Salak Tinggi, Selangor ini bertujuan bagi membincangkan dan mendapatkan pandangan perkara berkaitan cadangan pindaan Seksyen 2, 3, 36 dan 79, Akta Binatang 1953 (Akta 647) serta penyediaan Perintah Binatang (Tanda Pengenalan).
Sempat mengambil ruang dan peluang dalam sesi Q&A seperti berikut :
Soalan :
1- Sejauh manakah kawalan penyakit Equine Infectious Anaemia (EIA) di Malaysia?Adakah penyakit Equine Infectious Anaemia (EIA) serius macam African Horse Sickness (AHS).
Jawapan ( Dr. Leonora Tuah Merawin-Seksyen Kawalan Penyakit Haiwan dan Zoonotik DVS) :
1- Penyakit Equine Infectious Anaemia (EIA) di Malaysia masih lagi terkawal.Ianya tidak serius dan boleh memaklumkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri jika ada didapati berlaku kes tersebut.Malaysia telah bebas dengan penyakit "African Horse Sickness (AHS)".
Soalan :
2- Saya ingin tahu darisegi "Tanda Pengenalan" untuk kuda yang dibentangkan. "Tanda Pengenalan" untuk kuda dibawah DVS perlu dibuat bermula 6 bulan selepas kuda dilahirkan.Saya cadang agar DVS selaraskan "Tanda Pengenalan" kuda ini sekali terus dengan Passport FEI dan Passport EAM.
Jawapan(Dr Salina Binti Amad Bugis-Seksyen Kawalan Penyakit Haiwan dan Zoonotik DVS) :
2- Setakat ini pihak DVS menetapkan mana-mana kuda yang telah ada passport EAM dan passport FEI "Tidak Diwajibkan" untuk buat passport DVS.
Alhamdulillah.Terima kasih Jabatan Perkhidmatan Veterinar atas jemputan sesi libat urus kali ini.Beberapa perbincangan dibuat kali ini demi kemaslahatan penternak ruminan di Malaysia.
Semoga perbincangan ini dapat dijadikan satu petanda aras sebelum pindaan Seksyen 2, 3, 36 dan 79, Akta Binatang 1953 (Akta 647) serta penyediaan Perintah Binatang (Tanda Pengenalan) diwartakan di Malaysia.
Libat urus kali ini dirasmikan oleh Dr Aida binti Muhid selaku Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit dan Biosekuriti Veterinar Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
No comments:
Post a Comment