Friday, May 15, 2026

MAKLUMAT PERMOHONAN PERMIT FLOAT KUDA



MAKLUMAT PERMOHONAN PERMIT FLOAT KUDA

Langkah 1: Sediakan Maklumat & Dokumen Penting

Pastikan dokumen dan syarat berikut disediakan terlebih dahulu:

  1. Bengkel pembinaan Float Kuda mestilah berdaftar secara sah dengan pihak JPJ.
  2. Pemilik Float Kuda perlu mendapatkan Pelan Reka Bentuk Float Kuda daripada pihak pembuat/pengeluar float.


Langkah 2: Pemeriksaan di PUSPAKOM

Pemilik perlu hadir ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan B2.

  • Bayaran pemeriksaan: RM53
  • Tempahan boleh dibuat secara:
    • Online
    • Walk-in

Maklumat lanjut:

PUSPAKOM Dagangan Pengkalan Chepa
Tel: 09-774 5150

Selepas selesai pemeriksaan di PUSPAKOM, pemilik boleh meneruskan urusan pendaftaran di JPJ.

Nota Penting

Jika Float Kuda dimiliki oleh individu:

  • Sediakan salinan fotostat Kad Pengenalan (I/C)

Jika Float Kuda dimiliki oleh syarikat:

  • Sediakan salinan fotostat SSM syarikat

     

    Dokumen Diperlukan Oleh JPJ

    1. Pelan Reka Bentuk Float Kuda
      • Pelan ini perlu diperoleh daripada pembuat/pengeluar Float Kuda.
    2. Bayaran cukai
      • Mengikut kadar yang akan ditetapkan oleh pihak JPJ.
    3. Bayaran pendaftaran JPJ
      • RM210

         

        Cara Memohon Pendaftaran Bengkel Secara Sah Dengan JPJ

        1. Permohonan perlu dibuat secara terus (direct) kepada JPJ HQ.
        2. Syarat-syarat serta langkah seterusnya akan dimaklumkan oleh pihak JPJ HQ.

        Maklumat lanjut:

        JPJ Kelantan
        Tel: 09-766 6000

 

No comments:

Post a Comment